Connect with us

Berita Lain

‘Terkejut Saya Benda Tu Boleh Jadi Sebesar Itu’ – Ibu Terkejut Mata Anaknya Digigit Kutu Babi


Alangkah terkejutnya si ibu apabila mendapati bahagian bawah
mata kiri anaknya digigit oleh kutu babi. Sebelum ini, kanak-kanak berkenaan
pernah cuba memaklumkan rasa sakit itu kepada ibunya. Tetapi si ibu menyangka
dia hanya mengalami luka kecil. Sehinggalah pada hari ketiga, si ibu dengan
matanya sendiri melihat serangga itu ‘menumpang’ di mata anaknya.
Wanita berkenaan tidak menolak kemungkinan yang anaknya
digigit oleh serangga itu yang datangnya dari haiwan seperti kucing kerana
anaknya sememangnya gemar dengan kucing. Justeru, beliau menasihatkan golongan
ibu bapa memantau anak-anak agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

KASIHAN anak mama. First time saya tahu tentang kutu babi
ini. Baiklah, saya cerita dari awal kejadian.


Hari pertama, Ijah kata di bahagian bawah matanya rasa
sakit. Masa itu, bila saya belek-belek matanya, hanya nampak bekas luka seperti
kudis. Jadi, saya biarkan dengan niat biarkan luka itu kering.
Hari kedua. Selepas mandi, saya periksa mata dia, masih
nampak seperti kudis. Saya cuma lap menggunakan tuala, tetapi masih sama.


Hari ketiga. 10 Mac, dia bangun tunjukkan kepada saya.
Alangkah terkejutnya saya benda itu boleh jadi sebesar itu. Saya pun hantar
gambar kepada rakan-rakan dan bertanya mengenai serangga itu. Rakan memberitahu
bahawa serangga itu adalah kutu babi.

Saya terus buat pencarian di laman Google dan mencari jalan
penyelesaian bagi masalah ini. Memang betul itu adalah kutu babi. Mak dan ayah
saya membantu memegang anak saya, dengan niat nak cabut tetapi kuasa Allah,
kutu babi tertanggal sendiri.

Advertisement

Ilmu yang baru untuk saya hari ini. Ijah memang suka dengan
kucing, dia memang suka peluk. Kucing jalanan pun dia sayang. Kutu babi ini
serangga jenis menghisap darah. Jadi, ia boleh melekat pada mana-mana haiwan,
bukan hanya setakat anjing sahaja. Tetapi kita cegah sebelum terkena.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Saya tak salahkan kucing tetapi memang serangga ini banyak
pada haiwan berdasarkan research yang saya baca dari Google. Saya cuma sekadar
mahu berkongsi ilmu yang saya dapat hari ini. Saya tak kisah orang nak kata
apa. Mereka belum mengalami kejadian seperti ini.
Sumber: Zara Ryzal/The Reporter

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel