Connect with us

Berita Lain

Tiada Negara Pilih PM Lanjut usia, Kata Najib


Datuk Seri Najib Razak sekali lagi mempertikaikan pencalonan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri memandangkan usianya sudah lanjut.
Perdana menteri berkata, mengikut logik akal, tiada negara dalam dunia akan memilih individu berusia 93 tahun sebagai ketua kerajaan seperti dilakukan Pakatan Harapan (HARAPAN).
“Ada tak negara yang pilih orang lanjut usia sebagai ketua kerajaan? Tidak ada. Takkan kita nak jadi yang pertama di dunia lantik orang berusia 93 tahun jadi ketua kerajaan sedangkan kita ada pilihan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kita fikir masa depan Malaysia, masa depan Malaysia bukan di tangan orang yang berusia 93 tahun tetapi masa depan Malaysia adalah di tangan kerajaan yang ada pada hari ini, Insya-Allah,” kata Najib seperti dilapor Utusan Online.
HARAPAN pada Januari lalu mengumumkan Mahathir sebagai calon perdana menteri dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalannya jika gabungan itu memenangi PIlihan Raya Umum Ke-14.
Ketika wartawan membuat perbandingan antara beliau dan bekas presiden Zimbabwe, Robert Mugabe yang meletakkan jawatan pada usia 92 tahun, Mahathir setuju mereka mempunyai persamaan.
“Sudah tentu saya seperti dia (Mugabe).
“(Tapi) dia tidak letak jawatan. Saya buat silap, saya letak jawatan,” kata Mahathir,
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyalahkan bekas pemimpin yang mentadbir negara sejak tahun 1980-an ekoran masalah ekonomi dihadapi negara ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Walaupun tidak menamakan sesiapa, kenyataan Abdul Hadi itu dipercayai merujuk kepada Mahathir yang pernah menjadi perdana menteri selama 22 tahun sejak 1981 hingga 2003.
“Masalah ekonomi dihadapi oleh negara, sama ada kerajaan atau rakyat adalah peninggalan pemimpin yang berada di dalam Pakatan Harapan hari ini yang memerintah negara sejak 80-an,” katanya yang dipetik daripada laporan akhbar milik Umno itu.
– Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel