Connect with us

Berita Lain

Tidur Semakin Kurang Tanda PRU Semakin Dekat


IPOH – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata
beliau memperuntukkan waktu rehat hanya beberapa jam sahaja berikutan pilihan
raya umum ke-14 (PRU-14) semakin dekat, berbanding hari-hari kebiasaan.
“Tidur kurang, (tapi) kerja lebih, cakap pun lebih dan
mudah-mudahan undi pun lebih. Kerja-kerja ke arah PRU-14 harus dilipatgandakan
sebaik mungkin sehingga ke saat akhir,” katanya.
Jawapan itu diberikan sambil berseloroh ketika ditanya
moderator Fizo Omar pada Program Bajet 2018 Bersama Rakyat – Penjawat Awam di
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Tanjung Rambutan kira-kira 12 kilometer dari
Ipoh.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beberapa soalan dikemukakan pada sesi soal jawab menerusi
aplikasi Slido.com yang menyentuh mengenai pelbagai isu antaranya dasar
kerajaan, kisah kehidupan harian perdana menteri dan cabaran menjadi pemimpin
negara.
Sewaktu sesi soal jawab berlangsung kira-kira 10 minit itu, Najib
turut meminta penjawat awam yang menetap di kuarters kerajaan supaya rebut
peluang dengan menambah aset membeli rumah Projek Perumahan Awam 1Malaysia
(PPA1M) yang ditawarkan oleh kerajaan.
“Sebab kuarters bukan kita punya, itu ‘gomen’ (kerajaan) yang
punya. Jadi saya hendak penjawat awam nanti ada aset sebelum mereka bersara
kelak,” katanya.
Ditanya mengenai apa yang terlintas di fikiran perdana
menteri ketika datang ke Ipoh, beliau menjelaskan negeri ini terkenal makanan
dan ketika ini Nasi Vangey terlintas dalam fikirannya.
Najib turut menarik perhatian hadirin dengan berkongsi
kenangan paling diingati dalam konteks di negeri ini, satu daripadanya
merupakan penubuhan kerajaan Perak.
“Sebenarnya banyak momen segar dalam ingatan saya sampai
hari ini. Bagi konteks Perak, adalah bagaimana hendak tubuhkan kerajaan Perak.
Itu banyak peristiwa penting yang boleh diceritakan nanti apabila sampai
masanya,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang berusia 11 bulan tumbang
apabila empat Anggota Dewan Undangan Negeri keluar daripada pakatan pada 2009
sebelum digantikan Barisan Nasional yang dipimpin Menteri Besar, Datuk Seri Dr
Zambry Abd Kadir sehingga kini.
Sebelum mengakhiri sesi soal jawab tersebut, Najib turut
sekali lagi memberi indikasi kepada hadirin bahawa ‘hari raya’ yang dimaksudkan
PRU14 itu akan diadakan tidak lama lagi. – BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel