Connect with us

Berita Lain

`Tun M Hebat Kerana UMNO’


MUAR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad,
kelihatan hebat kerana menerima sokongan kuat daripada UMNO dan Barisan
Nasional (BN).
Selain itu, beliau ketika itu tidak perlu berhadapan masalah
yang membelenggu negara seperti kemiskinan, pendidikan dan ancaman komunis.
  
Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Johari Baharum,
berkata sokongan itu membolehkan Dr Mahathir dapat memberi tumpuan dalam usaha
membangunkan negara berbanding Perdana Menteri sebelumnya yang berhadapan
dengan banyak kekangan.
Katanya, perjuangan untuk membangunkan Malaysia sebenarnya
sudah diasaskan oleh Tunku Abdul Rahman, yang berjaya meletakkan asas kukuh,
khususnya dalam menyatupadukan semua rakyat dan agama di negara ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Bagaimanapun, Tunku Abdul Rahman tidak boleh memberi
tumpuan terhadap pembangunan negara kerana perlu berhadapan dengan masalah
ancaman komunis dan beberapa isu lain.
“Banyak masalah melanda negara pada waktu itu tetapi
beliau berjaya meletakkkan asas negara yang kukuh.
“Bila Tunku Abdul Rahman bersara, Tun Abdul Razak pula
mengambil alih kepemimpinan negara). Bila ancaman komunis berkurangan, beliau
memulakan eranya dengan membasmi kemiskinan, buat Dasar Ekonomi Baru (DEB)
untuk bangunkan negara. Dia tubuh FELDA, RISDA, sekolah asrama penuh dan
macam-macam lagi.
“Pada zaman Tun Hussein Onn pula, dia meneruskan apa
yang sudah dilaksanakan oleh Tun Abdul Razak. Tapi keadaan masa itu sudah
banyak berubah… negara dah maju, orang cerdik pandai dah banyak dan ancaman
komunis juga semakin berkurangan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri
Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia Peringkat Negeri Johor di Dewan
Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini, hari ini.
Pada majlis itu, Mohd Johari turut menyampaikan pingat
terbabit kepada 147 penerima, yang terdiri daripada 131 pesara tentera, 10 balu
pesara tentera dan enam anggota tentera yang terdiri daripada orang kelainan
upaya (OKU).
Mohd Johari berkata, bagaimanapun ketika zaman Dr Mahathir
menjadi Perdana Menteri, semua masalah terbabit sudah tidak ada lagi sehingga
membolehkannya memberi tumpuan penuh dalam agenda pembangunan negara.
“Zaman Dr Mahathir segala masalah dah habis. Masalah
basmi kemiskinan dan memberi pendidikan kepada anak bangsa dah tak ada.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Bila dilantik jadi Perdana Menteri, dialah yang buat
pembangunan selama 22 tahun dan sebab itulah orang nampak Tun Mahathir hebat
kerana apa yang dia tinggal, orang nampak seperti KLIA dan KLCC.
“Tunku Abdul Rahman apa yang orang nampak? Kalau pergi
KL (Kuala Lumpur), kita akan nampak tugu peringatan. Tugu peringatan itulah
yang jadi asas kepada apa yang kita nampak seperti KLIA dan KLCC seperti hari
ini. Saya pernah jadi setiausaha politik beliau dan saya tahulah perkara ini.
“Sebenarnya semua pemimpin kita sama, manusia ini mana
ada perfect (sempurna). Yang meletakkan mereka ini hebat, termasuk Tun Mahathir
ialah kerana kita, kerana UMNO dan Barisan Nasional yang asasnya sudah
diperkukuhkan oleh Tunku Abdul Rahman dan Datuk Onn Jaafar sejak dari awal
lagi,” katanya.
Beliau berkata, atas sebab itulah sesiapa yang menjadi
pemimpin akan meneruskan usaha pembangunan dan perkara ini boleh dilihat
menerusi rekod UMNO serta BN dari dahulu sehingga kini.



Sumber: BH Online

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel