Connect with us

Berita Lain

Tweet Palsu Mansuh UiTM: Pejabat KM Akan Buat Laporan Polis


Pegawai Penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mejar (B)
Zaidi Ahmad hari akan membuat laporan polis hari ini berhubung tweet palsu yang
kononnya Lim Guan Eng akan menutup semua kampus Universiti Teknologi Malaysia
(UiTM) di seluruh negara sekiranya Pakatan Harapan (HARAPAN) menang pada
pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Menurut Zaidi, beliau terlihat ciapan fitnah itu kira-kira
jam 8 malam semalam dan memaklumkan kepada Lim, yang mengesahkan bahawa beliau
tidak menghantar tweet seumpama itu.
Lim, malam semalam berada di Shah Alam sempena pelancaran
manifesto HARAPAN.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya akan membuat laporan polis nanti dan berharap
pihak polis akan bertindak terhadap dalang itu, kita tidak tahu identiti orang
yang membuat tweet mesej palsu itu,” kata bekas juruterbang tentera udara
itu pada sidang akhbar di pejabat ketua menteri di bangunan Komtar.
Tweet palsu itu berbunyi: “Antara #ManifestoPH yang
kita akan lancarkan adalah langkah penjimatan wang rakyat melalui pemansuhan
UITM seluruh negara. Peruntukan itu akan diagihkan sama rata kepada semua
University Kerajaan Pakatan Harapan nanti.”

UiTM adalah universiti awam yang dibiayai oleh dana kerajaan
persekutuan sejak tahun 1956 dengan penekanan untuk membekalkan pendidikan
kepada penduduk Melayu di luar bandar.
Tweet palsu berkenaan juga mengunakan alamat Twitter @
cmlimguaneng, dengan foto ketua menteri itu, hampir sama dengan akaun yang
sebenar.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Hadir sama pada sidang akhbar hari ini adalah Lim, yang
mengesahkan bahawa mesej itu adalah “palsu dan fitnah yang berniat jahat”.
Beliau menggesa pihak polis untuk menyiasat perkara itu dan
mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang ingin mencemarkan nama
baiknya serta reputasi HARAPAN menjelang PRU14 akan datang.



– Malaysiakini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel