Connect with us

Berita Lain

Undi Saya Mungkin Macam Undi Anwar, Kata Dr M


Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah
dua tokoh yang sering dikaitkan dalam politik negara, dan kaitan itu seringkali
berubah.
Bermula dengan hubungan mentor dan protege pada era 1980-an,
Mahathir dan Anwar menjadi musuh ketat bermula 1998 dan kini bersama-sama dalam
barisan pembangkang untuk menentang BN.
Dalam temu bual dengan ABC Australia, Mahathir ditanya
pengacara sama ada undian terhadapnya sama dengan undian terhadap Anwar, nama
yang sekian lama diangkat sebagai calon perdana menteri pembangkang, lapor Malaysiakini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Pada sisi tertentu ya kerana saya sudah berjanji yang
saya tidak akan lama menjadi perdana menteri, sehingga beliau diampunkan.
“Beliau perlu mendapat pengampunan Yang di-Pertuan
Agong sebelum dapat menyertai politik semula,” katanya dan menambah proses
itu akan mengambil masa dua atau tiga tahun.

“Saya tidak fikir mahu kekal (sebagai perdana menteri)
untuk tempoh yang lebih lama kerana usia saya. Saya tidak rasa dapat bertahan
terlalu lama atau satu penggal penuh,” katanya yang akan mencecah usia 93
tahun Julai ini.
Anwar kini menjalani hukuman lima tahun penjara atas
kesalahan liwat dan dijangka dibebaskan Jun ini.
Beliau konsisten mengatakan dakwaan tersebut bermotif
politik, sama seperti tuduhan pertama ketika pentadbiran Mahathir.

Dalam wawancara itu, bekas perdana menteri itu juga ditanya
tentang tanggapan beliau bersikap hipokrit – dulu merasakan Anwar tidak sesuai
menjadi perdana menteri tetapi kini bekerjasama dengannya dan sekutu
pembangkang yang lain.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mahathir berkata ketika itu beliau merasakan tindakannya
adalah wajar.
“Jika dibandingkan dengan apa yang berlaku sekara, saya
fikir apa yang saya buat dulu agak kasar, tapi keadaan (ketika) itu benar-benar
berbeza dan saya rasa amat penting untuk tidak melihat peristiwa lalu,”
katanya lagi.
Mahathir bertegas yang beliau dan Anwar mempunyai matlamat
yang sama iaitu menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada
pilihan raya umum (PRU) ke-14.
Dalam satu temu bual berbeza minggu lalu, beliau berkata
jika masa dapat diundurkan, beliau tidak akan memecat Anwar.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel