Connect with us

Berita Lain

(Video) Suami Lari… Ibu 4 Anak ini Hidup Merempat..


“MAK minta maaf. Mak terpaksa tinggalkan Is di kedai dobi
ini sebab tak mampu bayar pengasuh.”
Begitu luahan ibu empat anak, Julia Isnin, 41, yang terpaksa
meninggalkan bayi lelaki berusia empat bulan di kedai dobi di Larkin Perdana,
Johor Bahru setiap hari sejak dua bulan lalu untuk keluar bekerja.
Keluarga itu juga hidup merempat termasuk tidur di masjid
atau rumah terbiar sejak Ogos lalu apabila suaminya menghilangkan diri sebelum
kediaman mereka di Taman Chempaka, Johor Bahru disita.
Julia yang mengambil upah menyapu sampah di Larkin Perdana
berkata, dia terpaksa meninggalkan bayinya Mohd Iskandar dengan ditemani anak
perempuan Nor Farahin Shahri, 11, serta anak kembarnya, Mohd Azhar dan Mohd
Azhari, 13.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Kesempitan hidup juga menyebabkan hanya Nor Farahin masih
bersekolah, manakala anak kembarnya terpaksa berhenti sejak tahun lalu bagi
membantu menjaga adik mereka.
‘Ini sahaja pilihan kita, anak-anak’

Julia berkata, walaupun bimbang keselamatan anaknya terutama
Iskandar yang dikenali sebagai Is, dia terpaksa berbuat demikian disebabkan
kedaifan hidup dan tidak mempunyai sebarang pilihan lain.
Katanya, kedai dobi adalah rumah kedua untuk anaknya
berteduh kerana diyakini lebih selamat berbanding tempat lain, selain terletak
berhampiran dengan lokasi dia bekerja di blok bangunan sama.
“Macam inilah rutin harian saya. Bermula 8 pagi dari Isnin
hingga Sabtu, saya bawa anak ke kedai dobi dan meletak Is di meja.
“Alhamdulillah, Is memang baik tak meragam, diam saja. Dia
macam tahu mak dia susah, kalau menangis pun biasalah nak susu tetapi kakak dia
boleh buatkan. Cuma kadang-kadang kalau tak abang, kakak dia akan cari saya
bila Is menangis.
“Kadang-kadang sambil sapu sampah terdetik juga rasa
bimbang. Tangan saya menyapu, tetapi dalam hati ini hanya Tuhan saja yang
tahu,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Menurutnya, walaupun lokasi dia bekerja terletak kira-kira
100 meter dari kedai dobi itu, namun dia akan berulang kali menjenguk anaknya
bagi memastikan keselamatan mereka.
Katanya, kehidupan mereka sekeluarga berubah apabila
suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori menghilangkan diri, manakala
rumahnya disita, tahun lalu.
“Saya cuba mencari suami, namun gagal dan sehingga kini
tidak diketahui di mana dia berada,” katanya.
Sementara itu, Presiden Muafakat Pendidikan Johor (MPJ)
Ridhwan Othman ketika dihubungi berkata, pihaknya akan membantu dua anak kembar
Julia meneruskan persekolahan mereka.



Sumber: Harian Metro

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel