Connect with us

Berita Lain

Wang Pengarah JSJ Di Akaun Bank Pendidikan Anak


KUALA LUMPUR – Wang berjumlah AUD$320,000 (RM971,483) milik
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad
Najmuddin Mohd dalam sebuah akaun di Australia adalah daripada sumber yang sah.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata
pihaknya sudah dimaklumkan mengenai perkara itu pada 2016 oleh Polis
Persekutuan Australia (AFP) sebelum Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard
(JIPS) Bukit Aman segera menjalankan siasatan dalaman.
Menurutnya, siasatan mendapati akaun tersebut pada awalnya
dibuka oleh Wan Ahmad Najmuddin pada 2011 bagi memudahkan penyaluran dana bagi
pembiayaan pengajian diploma anak lelakinya di negara itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Selepas itu, pada 2016, akaun yang sama kemudian diaktifkan
semula untuk merancang pengajian sarjana anak perempuanya di Australia
juga,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengulas laporan
akhbar ‘Sydney Morning Herald’ bertajuk ‘Malaysia Top Cop Has $320K Seized by
Australian Federal Police, Doesn`t Want It Back’, yang disiarkan hari ini.
Beliau berkata Wan Ahmad Najmuddin berupaya memberikan
dokumen-dokumen sah bagi membuktikan dana tersebut adalah hasil penjualan
rumahnya di Shah Alam, ketika itu bernilai RM700,000 (AUD$260,770).
“Dana tersebut diamanahkan kepada sahabat karibnya bagi
membuat pemindahan wang ke akaun bank di Australia,” katanya.
Mohammad Fuzi berkata Pengarah JSJ itu setakat ini dapat
menyediakan semua dokumen yang perlu dan relevan bagi membuktikan sumber dana
dalam akaun ‘bank di negara itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

“Beliau juga memberikan justifikasi mengenai keperluan untuk
memperoleh akaun luar negara, semata-mata untuk tujuan membiayai pendidikan
anak-anaknya di Australia,” katanya,
Beliau berkata bahawa tiada asas untuk menganggap sumber
wang dalam akaun tersebut datang daripada hasil yang boleh dipertikaikan atau
Wan Ahmad Najmuddin terbabit dalam sebarang bentuk kesalahan yang boleh
didakwa. – BERNAMA


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel