Connect with us

Berita Lain

Wow! Resepi Durian Goreng Telur Ahmad Maslan

JARANG sekali kita lihat golongan ahli-ahli politik gemar berkongsikan hobi dan minat mereka di laman sosial.

Kalau ada pun, tidak ramai juga yang menggemari hobi memasak seperti mana yang disukai Timbalan Menteri Perdangangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ahmad Maslan.
Jika sebelum ini beliau pernah berkongsikan pelbagai resipi ‘unik’ seperti nasi goreng tanpa GST dan ayam goreng terung pipit yang nampak menyelerakan, kini Ahmad Maslan kembali ‘mengganas’ dengan resepi terbaharunya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menerusi perkongsian di laman Twitter, ketua bahagian UMNO Pontian itu memuat naik resepi baharu yang dinamakan Durian Goreng Telur.
Menurut beliau, resepi unik ini direka sendiri olehnya dan amat sesuai dimakan bersama roti pada waktu petang.
“Durian goreng telur – campur bawang meraj, bawang putih, ikan bilis, cili merah yang ditumbuk guna lesing.
“Isi durian campur telur. Digoreng guna minyak masak kelapa sawit. Makan dengan roti. Lazat, sesuait untuk minum petang,” tulisnya.
Ternyata posting bukan bersifat politik itu berjaya menarik perhatian pengguna media sosial apabila menerima lebih daripada 800 retweet dan sejak dimuat naik pada Ahad.
Namun seperti biasa, menu yang diperkongsikan itu mendapat respon negatif daripada kalangan netizen dek kerana menggunakan raja buah sebagai salah satu bahan utama dalam masakannya itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Rata-ratanya beranggapan Ahmad Maslan  seakan-akan cuba memperlekehkan durian lebih-lebih lagi dengan harga buah tersebut yang semakin mahal.
“Hello polis, saya nak buat aduan ada orang rosak kan menu durian 👮💢,” tulis pengguna bernama @najwamohdyusoff
@FahmiRazak pula menulis,“Datuk, pada pandangan saya rasanya eloklah durian yang mahal harganya itu dimakan begitu sahaja tanpa dicampur telur.” 
Tidak setakat itu, gabungan menu bahan yang agak pelik itu turut membuatkan segelintir netizen kembang tekak membayangkan rasanya lebih-lebih lagi apabila dicampur dengan raja buah.
Tolong Datuk Ahmad Maslan jangan dihina durian sedemikian rupa, leave that durian alone!” kata @lilraineyz.
Pun begitu, di sebalik kritikan yang diterima masih ada segelintir yang teruja untuk mencuba resepi hebat tersebut.
Malah ada yang mendakwa resepi berkenaan hanya boleh dihasilkan oleh individu yang betul-betul kreatif dan berbakat dalam bidang masakan. 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel