Wednesday, December 10, 2025

Beri BN Mandat Teruskan Kesinambungan Agenda Pembangunan Negara – Salleh

April 1, 2018
1 min read

PAPAR — Rakyat perlu memberi mandat kepada kerajaan Barisan
Nasional (BN) untuk terus mentadbir negara ini dengan memberi sokongan padu
pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti, kata Menteri Komunikasi dan
Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Beliau berkata mandat itu akan membolehkan kerajaan BN, yang
sememangnya mempunyai prestasi terbaik dalam membawa kemajuan, meneruskan
kesinambungan agenda dan dasar pembangunan sekali gus memperkukuh lagi
kestabilan politik serta mempertahankan keharmonian negara.
Beliau berkata nikmat pembangunan dikecapi negara sekarang
dengan pelbagai peluang pendidikan, ekonomi dan pekerjaan disediakan kerajaan
perlu dipertahankan demi kesejahteraan rakyat di masa depan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Sejak merdeka, kerajaan BN sentiasa mendahulukan
rakyat. Kita (BN) tidak seperti pihak (parti) lain yang apabila pilihan raya
baharu mereka timbul dengan macam-macam (janji) ditawarkan kepada rakyat.
Justeru, rakyat harus membuat pilihan bijak.”
“BN konsisten dari dahulu sampai sekarang. Kita perlu
bekerja sebagai satu pasukan. Apa yang penting kita memberi sokongan padu
kepada pemimpin dan parti kita agar kita boleh meneruskan agenda pembangunan
negara,” katanya berucap merasmikan Mini Karnival Demi Paparku, di sini
hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul
Rashid Shirlin yang juga Anggota Parlimen Papar.
Dalam pada itu, Salleh berkata, setiap parti politik
seharusnya bersaing dalam arena politik secara sihat tanpa perlu membuat fitnah
dan menyebarkan berita palsu sehingga boleh memecahbelahkan rakyat.
“Banyak rakyat jadi mangsa fitnah dan (penyebaran)
berita palsu. Justeru, rakyat perlu sentiasa berwaspada,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pada majlis itu, Salleh turut melancarkan Skuad 175 Papar
seterusnya mengumumkan dana RM100,000 untuk melaksanakan kerja kebajikan dan
kemasyarakatan di Papar.
Sementara itu, Rosnah, ketika berucap, berkata, Skuad 175
Papar adalah program kesukarelawan untuk warga Papar bagi menggalakkan budaya
sukarelawan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.
Beliau berkata setakat ini skuad itu sedang dalam proses
menarik penyertaan penduduk setempat yang berminat menyertai skuad itu sebagai
sukarelawan dan melaksanakan aktiviti kesukarelawan termasuk membina rumah
warga emas di Papar.
— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ribuan Hadir Solat Jenazah, Sabah Berduka Pemergian Bung Moktar

KOTA KINABALU, 5 Dis — Pemergian Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,