Categories: Berita Lain

Kerajaan BN Tak Pernah Pinggir Kaum Wanita


SHAH ALAM – Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah
meminggirkan wanita daripada mana-mana kaum dalam usaha mengarusperdanakan
golongan hawa sekali gus memberi peluang bergerak seiring dengan perubahan
negara, kata isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Beliau berkata golongan wanita India juga tidak terkecuali
daripada menerima pelbagai faedah serta manfaat hasil inisiatif kerajaan
khususnya menerusi Unit Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (SEDIC) dan
Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).
“Di bawah SEDIC, sejumlah RM203 juta telah diperuntuk untuk
dimanfaatkan oleh 500,000 masyarakat India dengan 16 peratus daripada
peruntukan itu diagihkan kepada program-program berkaitan wanita dan ibu
tunggal.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Pelbagai kursus seperti jahitan, masakan, pertanian dan
persolekan dilaksanakan khas untuk golongan wanita dan ibu tunggal dengan
kebanyakan mereka menjana pendapatan sendiri,” katanya ketika berucap
merasmikan Hari Wanita Kebangsaan Gerak Sakti 1Malaysia yang dihadiri kira-kira
3,000 kaum wanita India, di sini hari ini.
Menurut Rosmah, melalui AIM pula lebih 10,000 wanita India
dibantu melibatkan pembiayaan perniagaan berjumlah RM140 juta.
Turut hadir Pengerusi Pertubuhan Gerak Sakti 1Malaysia,
Datuk R.S.Thanenthiran dan isteri Datin Seri Vaney Thanenthiran yang juga
Pengerusi Gerakan Wanita pertubuhan itu.
Rosmah turut menasihati kaum wanita India yang ingin
menceburi perniagaan agar mencari pasaran khusus bagi memudahkan usaha memikat
hati pelanggan.
Menyentuh isu lain, Rosmah mengingatkan wanita yang hadir
pada majlis itu supaya sentiasa membuat perkara yang menggembirakan suami
mereka yang merupakan antara kunci kebahagiaan rumah tangga.
“Macam saya, saya buatkan suami saya gembira, (apabila)
beliau gembira maka beliau dapat menjalankan tugasnya dengan baik demi anda
semua dan untuk Malaysia,” katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.
Katanya beliau juga menerima segala kritikan dan fitnah yang
dilemparkan terhadapnya dengan berlapang dada dan senyuman kerana semua itu
adalah perkara lumrah dalam dunia politik.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Dalam politik, kita terpaksa harunginya dan senyum… itu
merupakan ‘ubat’ yang terbaik untuk mereka. Bila kita senyum dia sakit hati,
bila kita marah dia suka hati. (Justeru) Cara terbaik untuk tangani semua ini
ialah dengan senyuman,” katanya.
Rosmah turut memuji inisiatif Pertubuhan Gerak Sakti
1Malaysia yang diasaskan pada November 2015 dalam menaikkan taraf hidup
masyarakat India dengan merekrut 6,000 remaja kaum itu untuk diberikan latihan
intensif dalam bidang diminati selain membuka peluang pekerjaan kepada mereka.
Pada majlis itu, Rosmah turut menyampaikan anugerah kepada
tiga wanita India atas pencapaian dalam bidang masing-masing iaitu pengasas The
Center of Appplied Data Science, Sharala Axryd; aktivis kemasyarakatan Guramah
Appanah; dan Janagi Narayanan, seorang ibu tunggal yang mengusahakan kedai kopi
di pekan Trolak, Perak.
Masing-masing menerima wang tunai RM5,000 berserta trofi dan
sijil. – BERNAMA

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

11 hours ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

2 days ago

Lelaki OKU Maut, Ibu Cedera Dalam Kejadian Samun

BUKIT MERTAJAM (Bernama) -- Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan meninggal dunia dengan keadaan… Read More

2 days ago

Menyamar jadi polis, tiga lelaki gari & samun ejen Forex RM25,000

Tular satu video baru-baru ini memaparkan seorang lelaki yang digari tangannya dan dipaksa untuk masuk… Read More

2 days ago

Faisal Dijangka Lalui Prosedur Graf Kulit Minggu Ini – Ketua Perubatan Sukan SFC

SHAH ALAM, 8 Mei (Bernama) -- Lapisan kulit yang akan digunakan dalam prosedur graf kulit… Read More

3 days ago

Mangsa Pokok Tumbang Sempat Diajar Mengucap – Saksi

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Orang awam sempat mengajar mangsa yang dihempap pokok yang… Read More

4 days ago