Friday, December 05, 2025

Asri: Dr M Keliru Antara Sunnah Dan Sunat

April 2, 2018
1 min read

Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin menegur Tun Dr
Mahathir Mohamad agar lebih berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan
berkaitan hukum-hakam agama.
Beliau mengulas artikel bekas perdana menteri itu diblognya
31 Mac lalu yang menurutnya menunjukkan kekeliruan dalam pengertian ‘sunat’ dan
‘sunnah’.
Dalam artikel itu, Mahathir antaranya berkata hadis Nabi
Muhammad adalah ‘sunnah’ dalam Islam yang menurutnya bermaksud orang Islam akan
mendapat pahala jika mengamalnya tetapi tidak berdosa jika tidak berbuat
demikian.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Mohd Asri berkata, ‘sunnah’ yang dimaksudkan Mahathir
sebenarnya sunat, iaitu salah satu hukum dalam Islam selain wajib, makruh dan
haram.
Manakala maksud sebenar sunnah pula adalah hadis atau amalan
Nabi Muhammad yang menjelaskan hukum-hakam dalam agama, katanya lagi.
“Saya rasa ini perlu diperbetul…Sunnah atau hadis
adalah sumber hukum. Kita memerlukannya, misalnya cara untuk solat, walaupun
al-Quran ada (sebut) kita perlukan penjelasan mengenai hukum-hakam.

“Saya rasa Dr Mahathir kena berhati-hati sedikit di
sini. Namun sebahagian yang beliau sebut memang betul, macam soal hadis palsu
dan kita memang lawan hadis palsu,” katanya menerusi video yang dimuat
naik di Facebook, hari ini.
Mengulas perbezaan al-Quran dan hadis, Mahathir dalam
artikelnya membangkitkan masalah hadis palsu dengan berkata kajian Imam
Al-Bukhari mendapati daripada 600,000 hadis, hanya 7,000 yang disahkan sahih.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Quran pula, katanya lagi, adalah wahyu Tuhan yang tidak akan
berubah dan maka perlu diutamakan jika terdapat perbezaan dengan hadis.

Mohd Asri berkata memang ada agamawan yang sentiasa
menyebarkan hadis palsu dan ia perlu ditangani bagi menghentikan salah faham
terhadap agama.
Beliau juga mengingatkan ahli politik agar tidak menyentuh
persoalan yang bukan termasuk dalam kepakaran mereka.
“Adakala orang politik ini dia bercakap bidang lain.
Jika (mahu bercakap) dalam bidang politik tentulah kita tidak pertikai,”
katanya lagi.

Sumber: Malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Tarikh Buka Sekolah 2021 Susulan PKP 2.0

Tarikh Buka Sekolah 2021 / Pengoperasian Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pendidikan

Banyak Kepala Spermanya Cacat’ – Doktor Jelaskan Aktiviti Berbasikal Boleh Jadi Punca Sperma Rosak

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggar, ramai yang memilih untuk melakukan aktiviti