Friday, December 05, 2025

Isteri Lan Minta Maaf, Tiada Niat Cetus Kemarahan Netizen

by
April 2, 2018
1 min read



Isteri kepada penyanyi Lan Solo iaitu Nur Sheila Hassim, memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung gara-gara kenyataan mengenai dirinya rela dimadu.


Jelas wanita berusia 33 tahun itu, niatnya hanya bergurau dan tidak sangka perkongsiannya itu menimbulkan rasa tidak puas hati netizen.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Jujur saya tiada niat mahu mencetuskan kemarahan sesiapa, apalagi hendak menujukan entri itu kepada mana-mana pihak.


“Sebenarnya ia bukan perkara biasa untuk saya menerima macam-macam mesej peribadi daripada peminat wanita yang sukakan Lan. Tapi hari ini saya terdetik untuk kongsi saja-saja mesej berkenaan.


“Tidak sangka pula ramai yang marahkan saya. Saya minta maaf sangat-sangat jika ia menyinggung mana-mana pihak,” katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.


Menerusi perkongsian di Instagram itu, Sheila mengatakan dia reda jika benar-benar dimadukan suatu hari nanti dan menganggap hal itu di luar kuasanya.


Bagaimanapun, katanya, dia sangat mengenali Lan dan sentiasa positif bahawa hal itu tidak akan menimpa rumah tangganya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Kalau sudah tertulis takdirnya begitu, saya reda. Namun selama lebih 19 tahun mengenali Lan, tiada pula hal sebegini mengganggu hubungan kami.


“Lagipun saya risau dan tak yakin Lan boleh memberi komitmen kepada orang baru nanti. Sekarang pun banyak perkara yang dia masih susah untuk tangani.


Tak mungkinlah kot,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.