Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un, dan isteri, Ri Sol Ju, mengambil kesempatan menonto persembahan barisan artis Korea Selatan yang berlangsung di Pyongyang, semalam.
Ia merupakan konsert pertama oleh artis-artis Korea Selatan dalam tempoh sedekad di negara itu. Konsert berkenaan ketika ketegangan kedua-dua negara Korea itu semakin kendur.
(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();
Konsert yang diberi nama ‘Musim Bunga sudah Tiba’ ini diadakan sehingga 3 April di Teater Utara Pyongyang Timur.
Acara tersebut dimeriahkan dengan artis seperti Seohyun, Baek Ji Young, ALi, Cho Yong Pil, Lee Sun Hee, Yoon Do Hyun, Jung In, Yoon Sang dan Red Velvet.
Menurut laporan YongHap News, Kim juga mencipta sejarah sebagai pemimpin Korea Utara pertama menghadiri persembahan artis Korea Selatan di ibu kota negara itu.
Kim dilihat bertepuk tangan ketika beberapa lagu dipersembahkan dan kemudian bergambar bersama-sama penyanyi selepas persembahan.
“Pemimpin kami berkata, beliau berbesar hati dan terharu dengan pandangan rakyatnya yang semakin memahami budaya popular Korea Selatan dan bersorak dengan ikhlas,” lapor media negara itu.
Selain menonton konsert Kim Jong-Un dan isterinya tidak melepaskan peluang bergambar dengan penyanyi K-Pop.
Pada asalnya, Kim Jong Un tidak sepatutnya membuat penampilan semalam sebaliknya beliau dijadualkan akan datang pada hari terakhir konset nanti.
Bagaimanapun, beliau merasakan bahawa kehadirannya pada konsert itu akan menjadi bermakna. Justeru beliau memutuskan untuk membuat perubahan pada jadualnya.
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Selain itu, pemimpin Korea Utara berkenaan berkata, “Orang ramai berminat untuk mengetahui sama ada saya akan menonton persembahan Red Velvet atau tidak.
“Saya pada mulanya bercadang untuk datang esok, tetapi saya mengubah jadual saya untuk datang hari ini, “katanya.
Sementara itu, konsert yng dijadualkan berlangsung pada jam 5.30 petang tertangguh selama satu jam disebabkan Kim Jong-Un mengesahkan akan hadir.

