Tuesday, December 09, 2025

RUU Antiberita Tidak Benar 2018 Diluluskan, Hukuman Penjara Dikurangkan

April 2, 2018
1 min read

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak
Benar 2018 diluluskan dengan pindaan selepas dibacakan kali ketiga di Dewan
Rakyat, lewat petang tadi.
RUU dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk
Seri Azalina Othman Said, selepas dibahaskan di kedua-dua peringkat – dasar dan
jawatankuasa.
Menggulung perbahasan di peringkat jawatankuasa, Azalina
berkata terdapat dua pindaan dalam RUU tersebut melibatkan Fasal 4 dan Fasal 5.
“Subfasal 4(1) RUU ini dipinda dengan menggantikan
perkataan ‘diketahuinya’ dengan perkataan ‘niat jahat’ dan dengan menggantikan
perkataan ‘sepuluh tahun’ dengan perkataan ‘enam tahun’.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Fasal 5 RUU ini dipinda dengan menggantikan perkataan
‘sepuluh tahun’ dengan perkataan ‘enam tahun’,” katanya di Dewan Rakyat
hari ini.
Ujarnya, pindaan kepada fasal 4 RUU bertujuan untuk
memasukkan elemen niat jahat bagi kesalahan di bawah fasal 4 dan mengurangkan
hukuman pemenjaraan daripada sepuluh tahun ke enam tahun bagi kesalahan itu.
Selain itu, pindaan kepada fasal 5 RUU bertujuan untuk
mengurangkan hukuman pemenjaraan daripada sepuluh tahun ke enam tahun bagi
kesalahan di bawah fasal 5.
Persidangan Dewan Rakyat sebelum itu meluluskan RUU tersebut
di peringkat dasar selepas mendapat undian majoriti ahli Parlimen.
Rang undang-undang itu diluluskan melalui undian belah
bahagi yang menyaksikan 123 ahli Parlimen menyokong RUU itu berbanding 64 yang
menolak.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Keputusan tersebut diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan
Sri Pandikar Amin Mulia.
RUU itu yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said pada 26 Mac lepas, dibahaskan selama
dua hari iaitu pada 29 Mac lalu dan hari ini.



Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Tarikh Buka Sekolah 2021 Susulan PKP 2.0

Tarikh Buka Sekolah 2021 / Pengoperasian Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pendidikan

Banyak Kepala Spermanya Cacat’ – Doktor Jelaskan Aktiviti Berbasikal Boleh Jadi Punca Sperma Rosak

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggar, ramai yang memilih untuk melakukan aktiviti