Wednesday, December 10, 2025

Parlimen Mungkin Dibubar Jumaat Ini, kata Nazri

April 3, 2018
1 min read

PETALING JAYA: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk
Seri Nazri Aziz menjangkakan Parlimen akan dibubarkan selepas mesyuarat Kabinet
pada Jumaat ini.
Beliau dipetik China Press ketika menghadiri festival
kebudayaan di Padang Rengas semalam berkata, mesyuarat Kabinet yang sepatutnya
diadakan pada Rabu ini ditunda ke Jumaat bagi memberi laluan kepada perhimpunan
penjawat awam dari seluruh negara.
Katanya, sidang Dewan Rakyat akan berakhir Khamis ini dan
mesyuarat Kabinet pada Jumaat ini mungkin ialah mesyuarat terakhir untuk
kerajaan penggal ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Nazri menjangkakan perdana menteri akan mengumumkan
pembubaran Parlimen selepas mesyuarat Kabinet Jumaat ini, memandangkan laporan
kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya sudah diwartakan minggu lalu.
Laporan itu diwartakan 29 Mac lalu, sehari selepas
diluluskan Dewan Rakyat dengan sokongan 129 ahli Parlimen dan 80 lagi menolak
usul itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Semalam, Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional
(BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dilaporkan berkata, Dewan Rakyat mungkin
dibubarkan sebelum perdana menteri melancarkan manifesto BN menjelang akhir
minggu ini.
Menteri di jabatan perdana menteri itu berkata, manifesto
itu dijadual dilancarkan minggu depan, manakala hari terakhir persidangan Dewan
Rakyat ialah 5 April.



Sumber: FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ribuan Hadir Solat Jenazah, Sabah Berduka Pemergian Bung Moktar

KOTA KINABALU, 5 Dis — Pemergian Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,