Monday, December 08, 2025

Penghantar Barang Jadi Wira Flat Terbakar

by
April 3, 2018
1 min read




BEIJING – Seorang penghantar barang dapat pujian selepas gadai nyawa memanjat pangsapuri untuk menyelamatkan seorang warga emas kurang upaya dalam kediaman yang terbakar.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurut laporan media China, Li Hongchen (gambar), 31, sedang membuat penghantaran barang, Jumaat lalu, apabila terdengar jeritan meminta bantuan di bangunan pangsapuri berhampiran di Harbin, wilayah Heilongjiang,
Portal berita Qq.com melaporkan, Li bersama beberapa penghuni bangunan bergegas menaiki tangga untuk ke unit yang terbakar itu, namun penghuninya, wanita berusia 84 tahun, ada masalah pendengaran dan terlantar sakit.
Menurut South China Morning Post, kebakaran itu dipercayai bermula di dapur yang terletak berhampiran balkoni.
“Saya tidak berfikir panjang, masa suntuk. Saya berlari ke apartmen di bawah dan meminta izin ke beranda sebelum memanjat naik ke rumah wanita terbabit.
“Malangnya, selepas berjaya naik dan meredah api, baru saya sedar wanita itu amat lemah.
“Saya menawarkan untuk mengendongnya, namun dia tidak dapat berpaut pada saya,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dia kemudian mendukung wanita itu sebelum dibantu jiran yang menunggu di kaki lima di luar rumah.
Li dilaporkan mendapat sagu hati wang tunai daripada majikannya kerana keberaniannya. – Agensi/myMetro Online



Leave a Reply

Your email address will not be published.