Wednesday, December 10, 2025

Tok Mat Sedia Berdebat Dengan Pembangkang

April 3, 2018
1 min read

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad
Hasan hari ini menawarkan diri untuk berdebat dengan pembangkang bagi
menerangkan pelbagai isu berkaitan dasar kerajaan.
Mohamad yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri
berkata, beliau sedia berdebat dengan pemimpin parti pembangkang jika dipanggil
berbuat demikian.
Katanya, pihak pembangkang berulang kali berjanji untuk
memansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta mengembalikan subsidi
petrol berjumlah RM27 bilion jika mereka menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14
(PRU-14).

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Mereka juga berjanji untuk menghapuskan kutipan tol.
Ini bermakna kerajaan tidak ada pilihan selain membayar pampasan kepada
syarikat tol yang membabitkan jumlah tidak kurang RM300 bilion.
“Sekarang persoalannya, bagaimana dan di manakah mereka
akan mencari wang untuk berbuat demikian? Inilah yang saya ingin tahu ketika
berdebat dengan mereka,” katanya.
Mohamad berkata, jika rancangan pembangkang dilaksanakan,
negara terpaksa meminjam wang lebih RM400 bilion.
“Kalau begitulah, negara hanya dapat bertahan selama
dua tahun, sebelum bankrap di tangan mereka (pembangkang),” katanya di
sini, hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Beliau berkata, rakyat tidak boleh tertipu dengan pelbagai
janji pembangkang yang jelas tidak realistik.
“Jangan dengar cakap mereka (pembangkang). Mereka hanya
menawarkan janji palsu yang mustahil untuk dilaksanakan,” katanya.



Sumber: BH Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ribuan Hadir Solat Jenazah, Sabah Berduka Pemergian Bung Moktar

KOTA KINABALU, 5 Dis — Pemergian Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,