PUSAT pemprosesan sarang burung Taman Perindustrian China-Malaysia Qinzhou (CMQIP) telah siap sedia untuk menerima penghantaran pertama sarang burung walit mentah (RUC) dari Malaysia.
Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVSM), Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam, berkata, perusahaan berkenaan memasang bangunan kilang standard di taman itu untuk menjadi kilang pemprosesan, dengan kemudahan sokongan seperti penyimpanan produk sarang burung, makmal pemeriksaan dan kemudahan rawatan.
(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();
“Persediaan di sini telah dibuat seperti apa yang telah direka bentuk oleh CMQIP. Mungkin prasarana itu akan mendapat sedikit lagi sentuhan selepas siap kelak tetapi pada dasarnya, pusat pemprosesan ini siap sedia dengan kemudahan pun ada,” katanya kepada Bernama selepas lawatan ke taman itu di luar acara Festival Sarang Burung Malaysia 2018 (MBNF 2018) di Nanning, China.
MBNF 2018 yang berlangsung selama tiga hari dan berakhir semalam, merupakan satu inisiatif oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menggunakannya sebagai platform bagi mewujudkan kesedaran dalam kalangan pengguna di China tentang pelbagai produk sarang burung boleh dimakan dari Malaysia.
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Quaza berkata, pemprosesan sarang burung RUC akan bermula di CMQIP sebaik sahaja kelulusan import diperoleh daripada kerajaan China.
-Sinar Harian

