Tuesday, December 09, 2025

“Bukan Tak Rangup, Tapi Tak Masak” – Juri MasterChef UK

April 5, 2018
1 min read

PETALING JAYA: Seorang juri MasterChef UK yang dikecam teruk
gara-gara komennya tentang kulit ayam dalam masakan rendang ‘tidak rangup’
menukar kenyataannya kepada ‘tidak masak’.
Gregg Wallace (gambar) menjelaskan: “Saya kata kulit
(ayam) tidak rangup. Saya tidak bermaksud ia tidak dimasak seperti ayam goreng.
“Apa yang saya maksudkan adalah ia tidak dimasak. Ia
memang tidak masak,” katanya ketika muncul dalam program televisyen Good
Morning Britain (GMB) bersama seorang lagi rakan jurinya, John Torode pada
Rabu, lapor mStar Online.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Pada Isnin, peserta Malaysia, Zaleha Kadir Olpin telah
menyediakan hidangan nasi lemak dan rendang ayam untuk program MasterChef UK.
Bagaimanapun, Wallace dan Torode mengkritik rendang yang
disediakan Zaleha dan menyingkirkannya daripada program realiti tersebut.
Menurut laporan atas talian, Kate Garraway dari GMB bertanya
kepada Wallace untuk menjelaskan apa yang berlaku dan juri tersebut berkata
bahawa Zaleha dihantar pulang kerana masakan peserta lain lebih lazat.
Garraway mengingatkan Wallace: “Tapi anda cakap
rangup” dan Wallace membalas: “Yang pastinya, masakan terbaik pasti
akan lepas (ke peringkat seterusnya).”
Torode turut mempertahankan keputusan mereka dan berkata
beliau pernah merakamkan siri masakan di Malaysia dan menyifatkan makanan di
negara ini ‘hebat’.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Selepas mendengar komen Garraway bahawa beliau patut tahu
tentang rendang itu, Torode membalas dengan yakin: “Memang saya tahu. Saya
cakap kepada dia (Zaleha), ia tidak belum cukup masak.”
Wallace pula menjelaskan Zaleha tidak tersingkir kerana
‘kulit rendang’ tidak rangup.
“Dia terkeluar sebab masakan lain lebih bagus,”
tambah beliau.
Sebelum itu, Wallace mengulas tentang komen Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai penyingkiran itu dengan berkata:
“Kerana kekecohan itu Perdana Menteri Malaysia juga turut terlibat.”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Aceh Dilanda Banjir Lumpur, Dakwaan Bantuan Pertama Datang Dari Malaysia Tular di Media Sosial

ACEH – Banjir besar yang melanda Aceh terus meninggalkan kesan yang menyentuh

Indonesia Kenal Pasti 700 Lokasi Harta Karun, Potensi Kekayaan Bernilai Besar Menanti

JAKARTA – Indonesia kini berdepan potensi penemuan bersejarah berskala besar selepas Kementerian