Categories: Berita Lain

KFC & myBurgerLab Pun Sindir Rendang Ayam ‘Crispy’


KOMEN juri rancangan masakan realiti televisyen MasterChef UK yang mengharapkan rendang ayam dengan ‘crispy skin’ (kulit rangup) nyata mendapat perhatian netizen di seluruh dunia.

Ia bermula apabila seorang peserta kelahiran Malaysia disingkirkan daripada program realiti itu gara-gara nasi lemak bersama rendang ayamnya menerima kritikan teruk oleh juri Greg Wallace dan John Torode.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Komen-komen tidak munasabah itu bagaimanapun telah dibidas teruk netizen dari Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura yang mana rendang memang menjadi makanan ruji mereka.
Kini, tiba gilinan restoran makanan segera popular pula menggunakan kesempatan itu untuk menyindir dan dalam masa sama mempromosikan produk makanan terbaharu mereka.
Antaranya KFC Malaysia menerusi Facebooknya memuat naik sekeping gambar tertera ‘bukan rendang’ merujuk kepada ayam gorengnya yang rangup tidak harus dikelirukan dengan rendang.
“Satu-satunya makanan yang sepatutnya rangup adalah ayam goreng kami. Tahniah Masterchef Zaleha!” menurut kapsyen dimuat naik bersama gambar itu.

Tidak ketinggalan myBurgerlab yang turut menyindir komen juri Masterchef itu dengan memuat naik gambar burger ayam yang ranggup menerusi pautan terbaharu perkongsian mereka di laman Facebook.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Hey @JohnTorode1, kami menyediakan menu ayam rendang yang tiada kandungan nasi dan 100 peratus menggunakan ‘sos’ rendang, jadi layakkah kami menyertai Masterchef sekarang? ,” tulis myBurgerlab dengan nada kapsyen nakalnya.


Apa yang nyata, ayam rendang Zaleha berjaya ‘satukan’ Malaysia apabila ia mendapat sokongan bukan hanya rakyat Malaysia, malah ahli-ahli politik dari kerajaan mahupun pembangkang. 

Advertisement
Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

3 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

5 days ago