Tuesday, December 09, 2025

Mahu Bayar Rumah, Adam Rosly Mengaku Pinjam Ah Long RM500,000

April 5, 2018
2 mins read

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen diberitahu Ketua Angkatan Muda
Keadilan (AMK) Ampang Datuk Adam Rosly Abdullah membuat pinjaman RM500,000
daripada ah long untuk menyelesaikan bayaran rumah dibeli secara tunai menerusi
Public Bank bernilai RM1.2 juta.
Adam Rosly, 31, berkata beliau bertindak demikian kerana
tidak dapat membuat pinjaman bank bagi membiayai pembelian rumah banglo 2
setengah tingkat yang separa siap di Kampung Melayu Ampang pada Jun 2016.
“Saya dapat maklumat berkenaan ah long daripada rakan iaitu
Hassan. Saya tanya ada tak tempat untuk pinjam wang supaya deposit pembelian
rumah sebanyak RM120,000 tidak ‘burn’.
“Selepas mendapat wang berkenaan, saya perlu membuat bayaran
balik kepada ah long dalam tempoh ditetapkan iaitu dibayar setiap minggu dan
dimasukkan ke beberapa akaun berlainan secara tunai. Jumlahnya tertakluk kepada
persetujuan ah long terlibat,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh peguam
Datuk Sulaiman Ismail pada hari pertama prosiding membela diri.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Adam Rosly didakwa dengan 6 pertuduhan memberi pernyataan
palsu dan mengemukakan dokumen palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) ketika siasatan berhubung dakwaan kemewahan luar biasa
dimilikinya pada 2017.
Selain membuat pinjaman dengan ah long, Adam Rosly juga mengaku
membuat pinjaman sebanyak RM180,000 daripada ibu mertua dan neneknya bagi
menyelesaikan bayaran pembelian rumah banglo 2 setengah tingkat itu.
“Saya juga menjual 2 kereta iaitu kereta milik saya dan
kereta milik isteri. Hasil jualan kereta itu saya peroleh RM250,000 manakala
baki perlu dibayar kepada bank, saya peroleh menerusi pendapatan saya hasil
daripada perniagaan secara langsung dan perniagaan tidak langsung,” katanya.
Beliau menjelaskan perniagaan secara langsung ialah
perniagaan jual beli kereta sambung bayar di syarikatnya iaitu Gegas Mentari
Holding Sdn Bhd dan perniagaan tidak langsung adalah keuntungan daripada
pemberian bantuan modal kepada rakan-rakannya untuk menjalankan perniagaan.
“Saya juga memperoleh pendapatan sebanyak RM3,000 sebulan
sebagai Pengerusi Perbadanan Pengurusan Pangsapuri Taman Industri Lembah Jaya,
Ampang,” katanya.
Beliau menjelaskan dengan sumber kewangan diperoleh itu,
beliau berjaya menyelesaikan bayaran rumah berkenaan pada 13 Feb 2017.
Mengikut pertuduhan pertama dan ke-2, Adam Rosly didakwa
memberi pernyataan palsu kepada 2 pegawai penyiasat SPRM ketika percakapannya
dirakam mengikut Seksyen 32 (8)(c) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram,
Pencegahan Pembiayaan, Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Pernyataan palsu itu berhubung kerjayanya sebagai ahli
perniagaan, pendapatan, kenderaan mewah, rumah banglo bernilai RM1.2 juta di
Kampung Melayu Ampang yang dibeli secara tunai, pinjaman wang RM200,000
daripada ibu mertua dan arwah neneknya serta pinjaman wang RM500,000 daripada
ah long.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Bagi pertuduhan ke-3 sehingga ke-6, lelaki itu dituduh
menggunakan dokumen palsu iaitu dua perjanjian persetujuan pinjaman wang
daripada dua individu dan dua baucer tunai daripada syarikatnya, Gegas Mentari
Holding Sdn Bhd dengan niat untuk memperdaya pegawai penyiasat SPRM mengikut
Seksyen 89 akta sama.
Dia didakwa melakukan kesemua perbuatan itu di Ibu Pejabat
SPRM, Blok D6, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya,
antara 9.00 pagi dan 12.15 tengah hari 10 Februari 2017, dan antara 9.00 pagi
dan 2.00 petang, 22 Februari tahun sama.
Kesemua pertuduhan memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3
juta atau penjara sehingga 5 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad
Akram Gharib.
Perbicaraan di hadapan Hakim Allaudeen Ismail bersambung
esok.



Sumber: FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ahli Parlimen Padang Serai Didakwa Subahat Kes Rasuah RM400,000

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Padang Serai Datuk Azman Nasrudin hari ini

Pengasas eHATI Didakwa Lari ke Negara Asia Tenggara Sehari Sebelum Pertuduhan

KUALA LUMPUR – Pengasas program eHATI bersama suaminya dipercayai melarikan diri ke