Monday, December 08, 2025

Bukan Helah BN Elak Bertembung Calon Bersatu: Bashah

April 6, 2018
1 min read

ALOR SETAR – BN tidak gentar berdepan pembangkang termasuk
Bersatu pada PRU14, seperti didakwa sesetengah pihak.
Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah
berkata, pembubaran Bersatu bukan helah BN untuk menang PRU14, sebaliknya atas
kelemahan pemimpin parti itu sendiri.
Menurutnya, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhak
menolak permohonan mana-mana parti jika tidak memenuhi syarat pendaftaran,
tanpa perlu menuding jari kepada pihak ketiga.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Jangan salahkan sesiapa termasuk BN jika mereka gagal urus
parti sendiri. BN tak takut berdepan sesiapa sahaja lawan, parti mana
bertanding kita akan berdepan sama seperti PRU lalu, ini bukan helah elak
bertembung calon Bersatu,” katanya, selepas majlis taklimat unit pilihan raya
Parlimen Alor Setar di Sekolah Kebangsaan (SK) Mergong, hari ini.
Menteri Besar berkata, keghairahan pemimpin Bersatu untuk
bertanding pada PRU14 antara punca kelemahan parti itu sehingga mengabaikan
aspek lain yang perlu diberikan keutamaan.
Menurutnya, Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak
wajar menyalahkan BN, RoS mahupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekiranya
parti itu gagal bertanding pada PRU14.
“Ketika Mahathir menjadi perdana menteri selama 22 tahun,
dia percaya pada peranan RoS,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Ahmad Bashah berkata, Mahathir kini gemar membuat kenyataan
‘berpusing-pusing’ dan tak kekal pendirian.
“Cakap pun berpusing-pusing, ketika bersama kerajaan cakap
lain, bila jadi pembangkang lain pula cakap. Persempadanan semula pun dibuat
ketika Mahathir perintah, dia tak pertikai pula sebab faham tugas SPR, sekarang
semua dipersalahkan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ribuan Hadir Solat Jenazah, Sabah Berduka Pemergian Bung Moktar

KOTA KINABALU, 5 Dis — Pemergian Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,