FRASA ‘Akhirnya Kita Bertemu’, kelihatan sesuai digunakan
sebagai tagline filem Dukun yang nyata berjaya ‘merasuk’ minda khalayak sebaik
Astro Shaw selaku penerbit memulakan kempen viral perempuan kebaya merah
baru-baru ini.

Dukun telah disimpan selama 12 tahun. Antara spekulasi
paling hangat yang dikatakan menjadi punca naskhah tersebut hampir tidak boleh ditayangkan
adalah kerana berdasarkan kisah benar kes pembunuhan kejam membabitkan seorang
tokoh politik sehingga menggemparkan negara sekitar tahun 1993.

Sepatutnya, filem yang menjalani penggambaran sekitar tahun
2006 itu menemui penonton pada 2007. Namun atas beberapa kekangan, Dukun tidak
dapat ditayangkan kepada umum.

Biarpun begitu, sebagai teraju utama, Datin Seri Umie Aida
menyelar dakwaan tersebut. Dengan tegas dia mengatakan, Dukun hanya sebuah
filem berbeza berbanding karya lain yang ketika itu dibikin sekitar awal tahun
2000.

Loading…
(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();
“Sewaktu mendapat skrip Dukun, tidak terlintas dalam fikiran
saya sama ada watak mahupun plot penceritaannya menyamai dengan individu lain
atau tidak.

“Pegangan itu tetap saya pegang hingga hari ini. Apa yang
penonton lihat dalam filem tersebut ialah seorang wanita bernama Diana Dahlan.
Namun andai ada yang berpendapat sebaliknya, itu terpulang kepada mereka,”
terang Umie dalam nada lembut.

Sesekali mengukirkan senyuman saat diwawancara, Umie lebih
senang membiarkan khalayak membuat penilaian sendiri terhadap filem tersebut.

Bertemu pada majlis tayangan perdana Dukun yang diadakan di
TGV, Suria KLCC Rabu lalu, aktres yang juga adik kepada pengarah Erma Fatima
itu turut berkongsi tentang ramuan rahsia menghidupkan watak dukun Diana Dahlan
di layar perak.

Hampir tiga dasawarsa bergelumang dalam dunia seni, kualiti
lakonan pemilik nama sebenar, Umi Khalsum Rahmad Ali itu tidak perlu
dipertikaikan, apatah lagi dia diklasifikasikan sebagai aktres papan atas atau

gred A.
Bela ular
Menonton Dukun, khalayak dapat melihat Umie mempunyai cara
tersendiri ‘menyihir’ penonton menerusi lakonan biarpun hanya dengan reaksi
wajah dan jelingan mata.

Kata Umie, perkara tersebut bukan mudah kerana dia mengambil
tempoh selama dua bulan untuk menjiwai watak dukun yang dikatakan punya kuasa
mistik daripada suku kaum Batak.

“Watak tersebut menuntut saya untuk melakukan kajian selain
bertanyakan kepada beberapa pelakon berpengalaman lain seperti Fauziah Nawi.

“Setelah berusaha mencari ilham untuk menghidupkan karakter,
saya kemudian disarankan untuk membela seekor ular dan hidup bersama reptilia
berkenaan selama dua bulan.

“Sepanjang tempoh tersebut, saya juga tidur bersama ular
berkenaan bagi mengetahui lebih dekat mengenai cara gerakan dan pandangan
matanya,” jelas Umie seraya melepaskan ketawa kecil.

Tanpa menjelaskan secara terperinci mengenai ular tersebut,
Umie mengakui cara tersebut berjaya memberinya dimensi baharu bagi menghidupkan
watak Diana Dahlan.

Hampir histeria
Dalam nada seloroh, secara peribadi Umie mengakui dia bukan
seorang peminat reptilia, apatah lagi menyentuh mahupun mendekati seekor ular.
Namun, demi watak segalanya bukan halangan. Baginya, setiap pelakon perlu
mempunyai ‘jiwa’ agar karakter kelihatan lebih realistik.

Melanjutkan cerita tentang Dukun, anak jati Kuala Lumpur itu
mengambil masa seketika sebelum kembali menyambung bicara tatkala disoal
mengenai pengalaman misteri sepanjang menjalani penggambaran di Penjara Pudu,
Kuala Lumpur.

Umie kemudian bersuara dan menceritakan tentang
‘kelancangan’ akalnya memikirkan emosi banduan yang ditempatkan di sel terakhir
sebelum dijatuhkan hukuman gantung.

Akui Umie, hanya Tuhan mengetahui perasaannya yang diserang
rasa hiba tidak terhingga sehingga menyebabkan dia terpaksa meninggalkan ruang
penjara tersebut secara tiba-tiba.

“Insiden itu berlaku sewaktu saya sedang berjalan-jalan di
sekitar sel untuk mendapatkan mood sebelum berlakon. Saya yang dalam keadaan
haid secara tidak sengaja, terlepas pandang dan mempersoalkan tentang perasaan
banduan di dalam sel sebelum dijatuhkan hukuman gantung.

“Tiba-tiba saya berasa sedih dan menangis tanpa henti.
Disebabkan tidak tahan berada di situ, saya berlari keluar ke kawasan parkir
kereta dan menangis sepuas-puasnya.

“Saya membaca surah al Fatihah dan banyak berzikir. Syukur
tiada apa yang berlaku kerana sekiranya gagal mengawal perasaan, pasti saya
akan diserang histeria serta menyulitkan lagi keadaan,” ujar Umie.

Selain kisah hampir diserang histeria, ada juga cerita yang
kedengaran agak menjijikkan sekiranya difikirkan secara logik.

Dalam filem tersebut, terdapat babak yang memperlihatkan
Umie menjilat dinding sel yang nyata kotor dan geli dilihat dengan mata kasar.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Namun pengarah seni Dukun, Nazrul Asraff Mahzan pastinya
tidak akan membiarkan pemegang trofi Pembantu Wanita Terbaik pada Festival
Filem Malaysia (FFM) ke-26 menerusi filem Sembunyi: Amukan Azazil menjilat
dinding berkenaan secara semberono.

Kata Umie, dinding tersebut terlebih dahulu telah ditampal dengan
bahan khas sebelum memulakan penggambaran.

“Sebaik mengetahui perlu menjilat dinding berkenaan, saya
mempersoalkan sama ada benar atau bergurau tetapi pengarah seni mengatakan,
beberapa bahagian dinding tersebut telah ditampal dan dicat agar kelihatan
sama.

“Bagaimanapun, sebaik penggambaran bermula saya sendiri
tidak mengetahui bahagian mana yang ditampal mahupun dinding yang asli.

“Setelah diteliti, terdapat beberapa bahagian dinding asli
yang telah dijilat berbanding kawasan tampalan,” katanya sambil tersenyum dan
mengakui tidak mahu mengingati semula kenangan tersebut.

Anugerah
Sambil membetulkan posisi kedudukannya di atas kerusi, Umie
tersenyum saat ditanya tentang filem Dukun yang kelihatan seperti laluan pintas
buatnya watak sekali lagi meraih anugerah Pelakon Wanita Terbaik dalam
mana-mana anugerah perfileman negara. Tanpa jemu mengukirkan senyuman, Umie
menganggap perkara tersebut sebagai satu doa buatnya.

Pastinya setiap anak seni mempunyai perasaan untuk
menyandang gelaran tersebut kerana ia bukan sahaja pembakar semangat tetapi
menjadi satu penghargaan pada usaha kerasnya.

Namun, itu tidak bermakna dia meletakkan Dukun sebagai tiket
untuk membawa pulang trofi impian mana-mana aktres tersebut.

Baginya, penantian selama 12 tahun sudah cukup memadai untuk
melihat Dukun ditayangkan di pawagam.
melihat Dukun ditayangkan di pawagam.
Meskipun dalam filem berkenaan dia masih belum tampil dengan
imej bertudung tetapi Umie tetap berasa gembira dan bangga apabila karya
tersebut berjaya dipertontonkan kepada khalayak.

“Saya bersyukur, gembira dan berbangga kerana setelah 12
tahun tersimpan, akhirnya Diana Dahlan berjaya beraksi di layar perak. Saya
juga berterima kasih kepada pihak yang telah berusaha keras untuk menjadikan
impian ini realiti.

“Secara peribadi, saya sendiri berasa teruja untuk filem ini
dan mengharapkan penonton berpuas hati,” jelas Umie.

Selain Umie, naskhah tulisan Huzir Sulaiman itu turut
dibintangi barisan pelakon handalan tanah air seperti Faizal Hussein, Namr Ron,
Hasnul Rahmat, Elyana, Sofi Jikan, Adlin Aman Ramli, Allahyarham Ramli Hassan,
Bront Palarae, Chew Kin Wah, Avaa Vanja dan Jason Chong.