KUALA LUMPUR – Lima negeri hari ini mengumumkan pembubaran
Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing berkuat kuasa esok menyusuli
pembubaran Parlimen ke-13, yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak hari ini.

Setakat pukul 6 petang, Sabah menjadi negeri pertama yang
mengumumkan pembubaran itu diikuti Perlis, Melaka, Johor dan Negeri Sembilan,
bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi kawasan DUN negeri-negeri
berkenaan diadakan serentak dengan peringkat Parlimen.

Perdana menteri hari ini mengumumkan pembubaran Parlimen
berkuat kuasa esok bagi memberi laluan kepada PRU14, berbeza dengan kelaziman
pengumuman dan pembubaran dibuat pada hari yang sama.

Loading…
(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();
Di KOTA KINABALU, Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman
dalam sidang akhbar di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya, berkata beliau
telah mendapatkan persetujuan daripada Yang Dipertua Negeri Tun Juhar
Mahiruddin kira-kira 2.30 petang di Istana Negeri bagi pembubaran DUN Sabah
berkuat kuasa esok.

Di KANGAR, Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man mengumumkan
pembubaran DUN itu selepas mendapat perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin
Putra Jamalullail.

Di JOHOR BHARU , Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan
Iskandar memperkenan agar DUN Johor dibubarkan esok.

Berdasarkan kenyataan yang dimuat naik melalui laman
Facebook rasmi Sultan Ibrahim, baginda berkenan menandatangani watikah
pembubaran Dewan Negeri Johor untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum
PRU14.

Di NEGERI SEMBILAN, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan
mengumumkan pembubaran DUN berkuat kuasa setelah mendapat perkenan Yang
Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir.

Di MELAKA, DUN dibubarkan esok setelah Ketua Menteri Datuk
Seri Idris Haron mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr
Mohd Khalil Yaakob hari bagi membolehkan pembubarannya.

Bagi SELANGOR, satu istiadat pembubaran DUN Selangor akan
diadakan di Balai Dewan Diraja, Istana Alam Shah, Klang, Isnin (9 April) pukul
10.30 pagi.

Sumber Istana Selangor berkata tarikh istiadat itu
ditetapkan selepas mendapat perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sementara itu, di KEDAH, PERAK dan PAHANG, Menteri Besar
berkenaan akan menghadap Sultan masing-masing esok bagi mendapat perkenan
pembubaran DUN.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Bagi tiga lagi negeri – TERENGGANU, KELANTAN dan PULAU
PINANG, ketua kerajaan negeri berkenaan dijadual menghadap Sultan dan Yang
Dipertua masing-masing untuk membolehkan DUN dibubarkan.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman
dijadual menghadap Sultan Mizan Zainal Abidin pada pagi Rabu (11 April) di
Istana Syarqiyyah untuk mendapat perkenan baginda bagi DUN dibubarkan.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob
berkata beliau dijangka menghadap Pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad
Faiz Petra malam ini bagi memohon perkenan pembubaran DUN negeri itu.

Satu sidang media mengenainya akan diadakan pukul 12 tengah
hari esok.
hari esok.
Kerajaan DAP Pulau Pinang pula akan mengadakan mesyuarat
exco terlebih dahulu sebelum memutuskan tarikh pembubaran DUN.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata tarikh mesyuarat itu akan
diumumkan kemudian.
diumumkan kemudian.
– BERNAMA