Monday, December 08, 2025

Sah HARAPAN Guna Simbol PKR Untuk PRU 14

April 6, 2018
2 mins read

Semua parti yang bergabung dalam Pakatan Harapan (HARAPAN)
hari ini mengumumkan mereka akan menyertai PRU ke-14 menggunakan logo PKR.
Ia diumumkan secara rasmi oleh Pengerusi HARAPAN Tun Dr
Mahathir Mohamad dalam satu ceramah di Pasir Gudang, Johor.
Semasa berucap agak ringkas mengumumkan keputusan itu Dr
Mahathir dilihat mengenakan lambang PKR pada bajunya.
Kata Dr Mahathir, tidak mudah untuk parti yang bergabung
dalam HARAPAN menggugurkan lambang masing-masing bagi menggantikannya dengan
logo PKR semasa menyertai PRU ke-14 ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Ada DAP yang guna roket hampir selama 60 tahun.
(Parti) yang lian juga sayang kepada simbol masing-masing tetapi kerana kita
ingin bersatu padu, keempat-empat parti ini akan guna satu simbol,”
katanya.
Dr Mahathir yang menjadi calon perdana menteri buat HARAPAN
berkata, beliau sangat gembira apabila sesuatu yang tidak mungkin berlaku suatu
ketika dulu, kini terjadi dengan kerjasama semua pihak demi menghadapi BN.
Turut hadir di majlis ceramah Jelajah HARAPAN Johor itu
ialah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP
Lim Guan Eng, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri
Muhyiddin Yassin dan Presiden AMANAH Mohamad Sabu.
“Pada PRU akan datang ini, undilah simbol keadilan
(PRK) ini sebagai simbol sokongan kepada Pakatan Harapan,” kata Dr
Mahathir.
Perkembangan terkini itu sebenarnya membawa makna besar
kepada banyak pihak dalam parti yang bergabung dalam HARAPAN.
Pemilihan logo PKR itu juga menandakan Dr Mahathir – serta
BERSATU – menyertai pilihan raya di bawah lambang yang dicetuskan oleh tindakan
beliau ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim 20 tahun silam.
Pemecatan Anwar sebagai timbalan perdana menteri dan
timbalan presiden Umno itulah yang melahirkan PKR.
Untuk rekod puluhan tahun dulu juga Dr Mahathir adalah
seteru kepada semua parti pembangkang. Beliau misalnya pernah melabel DAP
sebagai parti cauvinis.
Pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang menjadi pengkritik tegar
buat Dr Mahathir semasa beliau menjadi perdana menteri.
Perseteruan DAP dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pun apa
kurangnya. Umno dan DAP ibarat dua kutub yang tidak mungkin dapat didamaikan –
sehinggalah berlaku reformasi.
Dalam keadaan begitu pun, DAP masih memusuhi Dr Mahathir
walaupun mula berbaik-baik dengan Anwar serta PAS yang diterajui tokoh disegani
ramai, Datuk Fadzil Noor.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Beberapa jam selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
mengumumkan parlimen akan dibubarkan, hari ini ramai yang tidak menyangka
perseteruan sesengit dulu didamaikan dan semua parti terbabit dipertemukan oleh
satu titik yang membawa maksud besar buat parti pembangkang.

Untuk rekod DAP juga pernah mempertimbangkan cadangan
menyertai pilihan raya menggunakan lambang PAS apabila parti itu berdepan
kemungkinan dibatalkan pendaftarannya menjelang PRU ke-13 lalu.
Ia bertitik tolak daripada pertimbangan Jabatan Pendafaran
Pertubuhan yang tidak mengiktiraf pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP –
suatu keadaan yang hampir sama dialami BERSATU ketika ini.

Cuma kali ini gagasan yang disatukan di bawah HARAPAN adalah
terkecuali daripada PAS yang memilih untuk bergerak di bawah panji-panji
Gagasan Sejahtera.
Ketika cubaan mendaftarkan HARAPAN secara rasmi – dan
membolehkan satu logo rasmi digunakan oleh semua parti – gagal, pilihan yang
ada ialah bertanding menggunakan lambang PKR atau AMANAH.
Dianggarkan kira-kira 4,000 orang menghadiri ceramah HARAPAN
malam ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ribuan Hadir Solat Jenazah, Sabah Berduka Pemergian Bung Moktar

KOTA KINABALU, 5 Dis — Pemergian Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,