Friday, December 05, 2025

‘Mahathir Yang Ajar Saya Jadi Kurang Ajar’ – Nazri Aziz

April 7, 2018
1 min read

LUBUK MERBAU: Terkenal dengan kelantangannya, Ahli Parlimen
Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mendakwa beliau ‘kurang
ajar’ kerana Tun Dr Mahathir Mohamad ‘mengajarnya’ menjadi begitu.
Menurutnya, dia tidak pernah melupakan tindakan bekas
perdana menteri itu melawan Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan bersikap ‘kurang
ajar’ kepada Bapa Kemerdekaan Malaysia itu.
Tambah beliau, orang Melayu selalunya terkenal dengan
kesopanan terutamanya apabila berdepan pemimpin namun apa dilakukan Tun Mahathir
sangat berbeza.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Masa itu saya berumur 15 tahun dan sebagai orang muda, saya
melihat ia merupakan fenomena baru. Saya tengok Mahathir ni lain jadi saya
terikut-ikut dengan dia.
“Saya kira pada hari ini kalau saya kurang ajar, dia laa
(Tun Mahathir) yang ajar saya. Dia kurang ajar dengan perdana menteri (Tunku
Abdul Rahman) tapi saya kurang ajar dengan bekas perdana menteri.
“Tapi saya bagus sikitlah sebab saya tak kurang ajar dengan
perdana menteri. Itu pun selepas dia (Tun Mahathir) lawan kita. Banyak benda
dia ajar jadi saya ikut apa dia ajar sampai sekarang,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan
program Kayuhan Sayang Malaysia Visit MyKampung di Dataran Labu Kubong, di
sini, pagi tadi.
Dalam perkembangan lain, Mohamed Nazri menempelak dakwaan
mengatakan BN bertanggungjawab kepada pembubaran Bersatu seperti diumumkan
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (Ros) baru-baru ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Tegasnya, Bersatu tidak mahu mengaku salah lantas menuding
jari kepada Umno sedangkan keputusan itu ditetapkan Ros kerana parti itu gagal
mematuhi beberapa syarat ditetapkan.
“Saya dah kata banyak kali dah, kita (BN) tak mahu menang
dengan cara tidak elok. Kita nak rakyat ada pilihan dan sokong kita kerana
memang betul-betul sokong kita.
“Saya dah kata pun yang parti ini (Bersatu) gigit kita macam
nyamuk saja. Walaupun Rafidah (Tan Sri Rafidah Aziz) kata nyamuk gigit boleh
mati tapi dalam cerita ini, nyamuk gigit kita tapi nyamuk yang mati.
“Macam nyamuk aedes, dia gigit kita, manusia mati tapi ini
nyamuk yang mati. Itulah Umno. Umno ni keramat, jangan khianat Umno,” ujarnya.



Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,

DAP Hormati Mandat Pengundi, Anthony Loke Ambil Tanggungjawab Penuh Kekalahan PRN Sabah

KOTA KINABALU – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menzahirkan penghormatan terhadap keputusan