Tuesday, December 09, 2025

Sah! ADUN PAS Paya Jaras Masuk PKR

April 8, 2018
1 min read

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS, Mohd Khairuddin
Othman telah meninggalkan parti itu untuk masuk PKR dan dijangka mempertahankan
kerusi beliau untuk parti barunya.
Selaku calon PAS dahulu, Khairuddin menang DUN Paya Jaras
dalam cubaan kedua beliau, mendapat 14.3 peratus majoriti undi menewaskan calon
BN.
Kemasukan beliau ke dalam PKR disahkan malam tadi dalam
suatu ceramah di Sungai Buloh, lapor Malaysiakini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menerima
borang keanggotaan beliau dan menjelaskan Khairuddin sebagai seorang ‘kawan
yang dihormati’.

“Sesiapapun yang yakin dengan perjuangan Pakatan
Harapan, sesiapa yang berhasrat mengutamakan agenda reformasi, kami mengalu-alukan
mereka bersama HARAPAN,” kata Azmin.

Masalah Khairuddin dengan PAS menjadi semakin ketara pada
tahun lalu apabila beliau digugurkan daripada jawatan Ketua Penerangan PAS
Selangor.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pada ketika itu, terdapat desas-desus mengatakan beliau
digugurkan kerana kelihatan ‘terlalu mesra’ dengan kakitangan kerajaan
Selangor.
Walaupun PAS bermasalah dengan DAP, PKR dan AMANAH, para
ADUN empat parti itu tetap meneruskan pembentukan negeri Selangor atas alasan
mereka mendapat mandat memerintah ketika zaman gabungan Pakatan Rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ribuan Hadir Solat Jenazah, Sabah Berduka Pemergian Bung Moktar

KOTA KINABALU, 5 Dis — Pemergian Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,