Tuesday, December 09, 2025

Cubaan Provokasi Tun M Di Langkawi

April 9, 2018
1 min read

KUAH – Beberapa kain rentang provokasi memaparkan wajah
Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit
Siang dengan perkataan ‘Mahathir bersama DAP’, dikesan dipasang di beberapa
jalan utama sekitar Langkawi.
Ketua Pemuda Pakatan Harapan Langkawi, Mohd Firdaus Ahmad
berkata, pihaknya kesal kerana pihak tertentu cuba menggunakan sentimen agama
dan perkauman untuk mencetuskan kekecohan di pulau itu.
Menurutnya, pemasangan kain rentang itu bagi mewujudkan
ketidakharmonian kononnya Mahathir tunduk kepada DAP.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Provokasi seperti itu tidak sepatutnya berlaku, mereka cuba
bangkitkan sentimen agama dan kaum, bagi wujudkan persepsi tidak harmoni. Kami
bimbang jika dibiarkan wujud pergaduhan antara kaum,” katanya.
Mohd Firdaus yang juga Ketua Pemuda Bersatu Langkawi
berkata, sehubungan itu satu laporan berhubung kejadian itu dibuat di Ibu
Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi, malam kelmarin.
“Kami mahu polis lakukan siasatan mengesan dalang di sebalik
kejadian itu. Sebaik mendapat maklumat sekitar 11.30 malam itu, kami mula
mengesan lokasi dan membuang kain rentang yang sudah dipasang,” katanya.
Menurutnya, berdasarkan maklumat, dua kereta digunakan bagi
memasang 300 kain rentang di Dun Kuah dan Dun Ayer Hangat.
“Kami terserempak dengan dua kereta dinaiki enam individu
yang ditugaskan pihak tertentu untuk pasang kain rentang itu. Antaranya di
Jalan Bayas hingga ke Pantai Chenang dan dari Ulu Melaka ke Ayer Hangat,”
katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mohd Firdaus berkata, lebih 40 kain rentang diturunkan pada
malam kejadian dan selebihnya dilakukan pada hari berikutnya.
“Saya percaya Umno Langkawi makin takut dengan pengaruh
Bersatu, terutama Mahathir.  Mereka akan
lakukan apa sahaja untuk kekal kerana belum pernah tewas di sini, PRU14 akan
jadi penentu sama ada Umno Langkawi bakal rebah atau Harapan diterima rakyat,”
katanya.
Menurutnya, berdasarkan kepada kebangkitan rakyat yang
menyokong Harapan, jelas menunjukkan penduduk Langkawi mahukan perubahan.
“Jika program dihadiri Mahathir, kehadiran cecah ribuan
orang. Antara program yang berjaya, Sembang Santai di Nyiur Cabang, Mac lalu
dan program turun padang di Ulu Melaka,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ribuan Hadir Solat Jenazah, Sabah Berduka Pemergian Bung Moktar

KOTA KINABALU, 5 Dis — Pemergian Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,