Friday, December 05, 2025

Mahathir Sah Tanding Di Langkawi

April 9, 2018
1 min read

Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad sah akan
bertanding di Langkawi.
Sumber-sumber yang rapat dengan bekas perdana menteri 22
tahun itu mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini sebentar tadi.
“Ya, beliau akan pergi ke Langkawi.
“Kerusi-kerusi lain seperti kerusi lamanya di Kubang Pasu
dan kerusi Putrajaya turut dipertimbangkan, tetapi keputusan akhirnya dibuat
supaya beliau bertanding di Langkawi,” kata sumber.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sumber juga menjelaskan keputusan itu dibuat minggu lalu.
HARAPAN dijangka mengumumkan pemilihan Mahathir di pulau
yang terkenal dengan legenda Mahsuri itu pada Ahad, 15 April depan.
Ahli politik 93 tahun itu dijadual berada dua hari di
Langkawi bermula Sabtu.
Pada Jumaat beliau beliau dijadual berucap di Kubang Pasu.
Dalam pilihan raya umum lima tahun lalu, Langkawi dimenangi
oleh calon BN Datuk Nawawi Ahmad dengan majoriti besar 11,861 undi.
Dalam pilihan raya umum lima tahun lalu, beliau dicabar
calon PKR Ahmad Abdullah di kawasan 91 peratus majoriti Melayu itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mahathir juga akan menggunakan logo PKR, seperti parti-parti
lain dalam Pakatan Harapan yang bersetuju dengan simbol tunggal untuk
memudahkan pengundi.
Langkawi terkenal sebagai pulau peranginan dunia yang
dibangunkan ketika pentadbiran Mahathir sebagai perdana menteri keempat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,

DAP Hormati Mandat Pengundi, Anthony Loke Ambil Tanggungjawab Penuh Kekalahan PRN Sabah

KOTA KINABALU – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menzahirkan penghormatan terhadap keputusan