Monday, December 08, 2025

PRU14: 11 DUN Dibubar, P.Pinang Bubar DUN Esok

April 9, 2018
1 min read

KUALA LUMPUR – Tiga lagi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu
di Terengganu, Perak dan Selangor dibubarkan hari ini, menjadikan 11 DUN yang
telah berbuat demikian bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-14
(PRU14).
Pembubaran DUN Pulau Pinang berkuat kuasa esok dan ia tidak
melibatkan Sarawak yang telah mengadakan pilihan raya negeri pada 2016.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd
Hashim Abdullah akan mempengerusikan mesyuarat khas badan itu pagi esok di
Putrajaya antara lain bagi menentukan tarikh-tarikh penting bagi PRU14 seperti
tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian awal dan hari
pengundian.
Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa Sabtu dan meminta kerajaan
negeri, kecuali Sarawak, turut membubarkan DUN masing-masing bagi membolehkan
PRU14 dilakukan secara serentak.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Susulan itu, Sabah, Perlis, Melaka, Johor, Negeri Sembilan,
Kelantan, Pahang dan Kedah membubarkan DUN masing-masing berkuat kuasa Sabtu (7
April).
Di KUALA TERENGGANU, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif
Abd Rahman berkata pembubaran DUN negeri itu telah diperkenan Sultan
Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin selepas beliau menghadap baginda di
Istana Syarqiyyah pagi tadi.
DI KUALA KANGSAR, Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan
mengisytiharkan pembubaran DUN ke-13 Perak berkuat kuasa hari ini, pada
istiadat menzahirkan pengumuman pembubaran itu di Istana Iskandariah di sini.
Di SHAH ALAM, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
mengumumkan pembubaran DUN Selangor berkuat kuasa hari ini selepas mendapat
perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Baginda menandatangani watikah proklamasi pembubaran dalam
satu istiadat ringkas di Istana Alam Shah di Klang, kira-kira 10.30 pagi tadi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Di GEORGE TOWN, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata beliau
telah bertemu dengan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas
hari ini bagi mendapatkan persetujuan pembubaran DUN.
Menurut Lim, Abdul Rahman telah memberi perkenan untuk
membubarkan DUN berkuat kuasa esok. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ribuan Hadir Solat Jenazah, Sabah Berduka Pemergian Bung Moktar

KOTA KINABALU, 5 Dis — Pemergian Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,