Connect with us

Berita Lain

Ada nilai sentimental

SUFIAN berterima kasih kepada rakan artis dan peminat beri sokongan.


Single terbaru penyanyi Sufian Suhaimi, Di Matamu terus mencipta fenomena. Tular sebelum dilancarkan, lagu ini mencatat jumlah tontonan lebih 10 juta di laman YouTube dalam tempoh dua minggu.


Sesuai dengan melodi dan lirik lagu itu yang sedih, Di Matamu menjadi pilihan anak muda sebagai lagu tema percintaan mereka.


Malah, tidak kurang juga yang menganggap lagu hasil ciptaan Sirkhan dan Rinkarnaen itu sesuai melatari kisah cinta yang putus di tengah jalan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Bagi saya lagu berentak sebegini cukup dekat dengan masyarakat kita. Dari dulu lagi banyak lagu sebegini menjadi siulan anak muda hingga sekarang, malah saya pun ada lagu kesukaan sendiri.


“Cuma, kalau mereka memilih lagu ini sebagai tema percintaan atau putus cinta, terpulang. Masing-masing ada cita rasa sendiri. Saya tidak boleh halang atau paksa orang.


“Apa yang jelas, orang kita memang suka lagu mendayu dan tangkap perasaan,” kata Sufian.


Pada masa sama, Sufian menganggap kejayaan lagu itu adalah ‘comeback’ untuknya selepas kali pertama menjadi kegilaan menerusi lagu Terakhir dua tahun lalu.


Sufian turut menyifatkan Di Matamu lagu yang cukup bermakna dan memiliki nilai sentimental tinggi dalam dirinya.


“Tiga lagu sebelum ini adalah hasil eksperimentasi. Jadi, apabila ingin muncul dengan lagu baru, saya kena pastikan ia betul-betul meninggalkan kesan. Malah, untuk kali ini saya terbabit sebagai penyanyi saja.


“Sebelum ambil keputusan melancarkan lagu ini, saya dengar semula banyak kali. Saya bimbang jika ia tidak menepati cita rasa pendengar. Namun, saya beruntung apabila ada pihak terlebih dahulu memuat naik lagu ini di laman YouTube dalam versi pendek.


“Sedikit sebanyak ia memberikan promosi awal untuk lagu ini. Alhamdulillah, sambutan dan maklum balas positif diterima membuatkan saya lebih yakin lagu ini boleh pergi jauh,” katanya.


Sufian juga berterima kasih kepada rakan artis dan peminat yang sudi menyanyikan semula lagu itu dan memuat naik di laman sosial masing-masing.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Sokongan diberikan mereka membuatkan Sufian lega apabila Di Matamu diterima baik meski sebelumnya dia melalui fasa kecewa dalam hidup iaitu putus tunang dengan pelakon, Elfira Loy.


“Versi nyanyian semula lagu ini pelbagai. Masing-masing ada keistimewaan dan saya puji usaha mereka. Pendek kata, ia juga tanda sokongan terhadap lagu ini.


“Kalau ada yang bercakap nyanyian mereka lebih bagus daripada saya, ia terpulang. Setiap penyanyi ada cara tersendiri untuk menghayati lagu ini. Cara saya, seperti apa yang diperdengarkan,” katanya.


Suka menari


Perkembangan lain, Sufian bakal terbabit dalam program Malaysian Floor Pattern Sport Dance Competition 2018 di Istana Budaya bermula 8 hingga 12 Mei ini.


Biarpun pembabitannya sebagai penyanyi jemputan, Sufian mengakui bidang tarian cukup dekat dengan dirinya.


“Ketika sekolah di Johor, saya pernah terbabit dalam pasukan tarian zapin manakala ketika menuntut di Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) Terengganu, saya menyertai tarian ulek mayang.


“Malah menerusi tarian dan lagu berkenaan juga saya dapat ilham menghasilkan lagu Terakhir. Selepas habis belajar, saya terus berhenti. Kalau suruh menari sekarang saya sudah keras,” katanya.


Namun, Sufian bersedia mencuba tarian moden bagi diselitkan dalam lagu terbaru akan datang.


“Tidak salah cuba sesuatu yang baru. Malah dalam ‘wish list’ saya pun, kalau boleh ada satu lagu rancak. Jadi kalau dapat lagu ala Justin Timberlake, saya akan belajar menari semula.


“Cuma buat masa sekarang saya fokus apa yang menjadi permintaan peminat. Kalau selepas ini mereka inginkan saya menyanyi lagu rancak, saya akan cuba,” katanya. -Sudirman Mohd Tahir

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel