Wednesday, December 10, 2025

Kerajaan BN Ambil Pandangan Semua Pihak Laksana Manifesto

April 10, 2018
1 min read



ALOR SETAR — Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil kira pandangan semua pihak
termasuk Bank Negara sebelum membentangkan bajet ataupun manifesto parti itu
untuk kebaikan rakyat.

Ketua Penerangan UMNO negeri Datuk Othman Abdul berkata
kerajaan akan memastikan kewangan negara benar-benar kukuh sekali gus segala
yang dijanjikan dalam bajet ataupun manifesto berkenaan dapat ditunaikan sebaik
mungkin kepada rakyat.
“Kerajaan apabila buat bajet pastinya mengira setiap sen
yang akan kami peroleh dan sudah pastinya mendapat (pandangan) daripada Bank
Negara, ICU (Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri) dan EPU
(Unit Perancang Ekonomi).

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Jadi, kami bukan bentang pendapat perdana menteri seorang
sahaja, semua pendapat diambil kira,” katanya kepada pemberita selepas
menyampaikan ceramah pada majlis ceramah rakyat BN bertajuk ‘Menolak Pakatan
Hipokrasi’ di Padang Awam Taman Derga Jaya di sini malam tadi.
Sabtu lepas, ketika menyampaikan ceramah di Muar, Johor,
Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa seolah-olah
mempertikaikan dari mana perdana menteri mendapatkan dana untuk melaksanakan
manifesto BN untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Othman yang juga penyandang kerusi Parlimen Pendang itu
berkata setiap pemberian kerajaan untuk rakyat seperti terkandung dalam bajet
ataupun akur janji BN dalam manifesto bukan keputusan politik sebaliknya
langkah profesional yang turut melibatkan Bank Negara.
Dalam pada itu, beliau meminta rakyat mengambil iktibar
dengan apa yang pernah berlaku di Iraq, Libya dan Mesir apabila kehidupan
rakyat di negara itu jauh lebih teruk selepas menukar kerajaan baharu menerusi
gerakan revolusi kerana tidak berpuas hati dengan kerajaan terdahulu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sehubungan itu beliau berkata rakyat tidak perlu mendengar
janji pembangkang sebaliknya Barisan Nasional telah mengotakan 99.4 peratus
janji telah dapat ditunaikan dalam pencapaian manifesto yang dibentangkan pada
PRU13.
— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ribuan Hadir Solat Jenazah, Sabah Berduka Pemergian Bung Moktar

KOTA KINABALU, 5 Dis — Pemergian Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,