Categories: Berita Lain

Sempat Mandikan Dua Anak Sebelum Maut


Anggota polis dalam perjalanan pulang ke balai selepas
rondaan cegah jenayah, maut selepas motosikal ditunggangnya bergesel dengan
treler di simpang masuk Balai Polis Senai, Kulai, pagi hari ini.
Dalam kejadian 10 pagi itu, Lans Koperal Muhammad Redzuan
Abdullah, 29, meninggal dunia ketika dirawat di Wad Kecemasan Hospital
Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim (HTSMTI), dekat sini.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Dzulkhairi Mukhtar
berkata, kejadian berlaku di Kilometer 24, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam dari
arah Air Hitam berhadapan dengan Balai Polis Senai.
Beliau berkata, anggota polis yang menunggang motosikal
Yamaha 125z hendak membelok masuk ke balai polis berkenaan sebelum dipercayai
bergesel pada bahagian belakang kiri treler.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila anggota
polis itu dalam perjalanan pulang ke Balai Polis Senai selepas selesai membuat
rondaan cegah jenayah di kawasan Senai.
“Motosikalnya yang berada di lorong kiri jalan hendak
membelok masuk ke simpang kiri iaitu ke Balai Polis Senai, namun dipercayai
bergesel pada bahagian belakang kiri treler yang berada di lorong sama menuju
ke arah Kulai.
“Dia terjatuh di atas jalan raya, manakala motosikalnya
jatuh di bawah treler sebelum digilis,” katanya.
Dzulkhairi berkata, siasatan lanjut masih dijalankan
mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, isteri Allahyarham Muhammad Redzuan, Nur
Afifah Mohd Nor, 27, berkata suaminya keluar rumah pada awal pagi seperti biasa
dan sempat memandikan dua anaknya berusia tiga tahun dan 10 bulan.
“Saya bekerja syif malam dan pagi tadi saya tidur sebentar,
apabila dia kejutkan saya, saya lihat anak sudah siap mandi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Cuma saya sedih kerana dia ada minta saya buatkan air,
tetapi saya tidak sempat buatkan kerana dia sudah mahu keluar bertugas,”
katanya yang memaklumkan jenazah suaminya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan
Islam Saleng, dekat Kulai.
Nur Afifah berkata, suaminya tidak menunjukkan sebarang
perubahan, cuma akhir-akhir ini memberitahu dia merindui arwah bapanya dan mahu
pulang ke kampung.
“Memandangkan cutinya dibekukan kerana Pilihan Raya Umum
(PRU), saya cadangkan kami pulang ke kampung selepas PRU, tetapi nampaknya
perkara itu tidak kesampaian,” katanya.
Allahyarham Muhammad Redzuan yang berasal dari Jerantut,
Pahang, mula berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 2010.

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

12 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

13 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago