Tuesday, December 09, 2025

Netizen Kagum, Majikan Baik Hati Beri 3 Hari Cuti, Tiket Penerbangan, Elaun Untuk Balik Mengundi

April 11, 2018
1 min read
Foto: Malaysian Digest

KOTA KINABALU: Sebuah syarikat bahan binaan yang
berpangkalan di Shah Alam memberikan pekerjanya dari Sabah dan Sarawak untuk
bercuti bergaji selama tiga hari, beserta tiket penerbangan dan elaun, untuk
pulang mengundi pada pilihan raya umum tidak lama lagi.
Pemilik Marble Emporium Sdn Bhd, Sim Yen Peng, 43, berkata,
beliau melakukan inisiatif itu kerana mengundi merupakan satu tanggungjawab.
Beliau berharap langkahnya itu akan mendorong
syarikat-syarikat lain di Semenanjung yang mempunyai pekerja berasal dari dua
negeri itu, untuk melakukan perkara yang sama.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Yen Peng yang berasal dari Miri berkata, beliau turut
dipengaruhi pengalaman sendiri yang pernah tidak mempunyai wang mencukupi untuk
pulang ke kampung halaman untuk menyambut Tahun Baharu Cina atau mengundi.
“Jika majikan boleh membelanjakan tiket pulang tahunan
wajib untuk pekerja asing mereka, mengapa tidak melakukan perkara yang sama
kepada pekerja mereka dari Sabah dan Sarawak setiap lima tahun untuk pilihan
raya umum?” ujar Yen Peng pada Selasa.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Beliau berkata, 11 pekerjanya dari Sabah dan Sarawak akan
mendapat cuti tiga hari dari 7 hingga 9 Mei, tiket penerbangan pergi balik
secara percuma dan elaun perjalanan sebanyak RM300 setiap seorang, dengan
perbelanjaan sehingga kira-kira RM1,000 bagi setiap pekerja.
Beliau membuat pengumuman itu di laman Facebook syarikatnya
pada Selasa, beberapa jam selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 9
Mei sebagai hari mengundi.
Posting itu kemudian tular, dengan ramai yang menyokong
usaha majikan tersebut.
Yen Peng yang mengusahakan syarikatnya lapan tahun lalu
berkata, sekurang-kurangnya syarikat perlu memberikan pekerja yang tinggal jauh
dari pusat mengundi sebanyak RM100 dan hari tambahan untuk membolehkan mereka
mengundi.
“Saya menggalakkan kakitangan saya untuk mendaftar
sebagai pengundi sejak lima tahun lalu dan berjanji untuk membantu mereka
pulang mengundi apabila tiba masanya,” katanya.

mStar Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Dua Remaja Ditahan Selepas Aksi Basikal Lajak Tular Di Media Sosial

KUALA LUMPUR, 7 Dis – Polis menahan dua remaja lelaki selepas video

Perjuangan Khamil Bashah Berakhir, Penghidap Barah Darah Meninggal Dunia

SUNGAI BULOH — Perjuangan penghidap barah darah, Muhamad Khamil Bashah Abdul Samat,