Categories: Berita Lain

Tiga penuntut UiTM retak tulang, kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan

Kemalangan melibatkan kereta jenis Perodua Myvi dan jenis Subaru.


SERI ISKANDAR – Tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak cedera selepas kereta yang dinaiki bersama dua lagi rakan mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 30, Jalan Ipoh-Lumut di sini semalam.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Dalam kejadian pada pukul 9.40 malam itu, mangsa, Ikmal Hamdi Aminuddin, 19, mengalami retak tulang punggung manakala Nor Aisyah Syuhada Laungah, 19, retak tulang jari dan Ahmad Zulhilmi Syed Abd. Zahid, 19, retak tulang belakang. 


Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, siasatan mendapati kemalangan tersebut melibatkan kereta jenis Perodua Myvi dan jenis Subaru dipandu lelaki berusia 33 tahun. 


“Kejadian berlaku apabila kereta Subaru yang dipandu dari Tronoh ke Lumut menukar lorong kanan ke kiri manakala kereta dipandu pelajar tersebut sedang keluar simpang. 


“Ia menyebabkan kereta Subaru tersebut tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian tepi sebelah kanan Myvi itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi. 


Tambah Mohamad Zainal, ketiga-tiga mangsa dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk mendapatkan rawatan. 


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Pemandu Subaru dan pemandu Myvi iaitu Mohamad Haziq Ismail, 19, dan penumpang hadapan kenderaan itu, Nurazuani Asmadi, 19, tidak mengalami sebarang kecederaan. 


“Polis telah mengambil rakaman percakapan pemandu kereta Subaru dan siasatan kes dibuat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – K! ONLINE

Advertisement

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

18 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

20 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

5 days ago