Friday, December 05, 2025

Akta Antiberita Tidak Benar Bukan Strategi Kerajaan Menang PRU14

April 12, 2018
1 min read

KOTA TINGGI — Pelaksanaan Akta Antiberita Tidak Benar 2018
yang diwartakan mulai semalam bukanlah strategi pihak kerajaan untuk memenangi
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 
sebaliknya akta berkenaan bertujuan untuk melindungi rakyat secara umum.
Menteri  di Jabatan
Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata undang-undang itu bukan
satu undang-undang yang menafikan hak untuk bersuara tetapi ia adalah masalah
umum supaya rakyat dapat perlindungan.
Menurutnya, undang-undang berkenaan membantu mengeluarkan
berita palsu dari platform media sosial, .kata beliau  kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis
Pecah Tanah Tapak Mahkamah Baharu Pengerang, dekat sini, hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Seperti mana yang dijelaskan dalam sidang parlimen
bahawa undang-undang berkenaan akan meletakkan keutamaan kepada rakyat.
Kita tahu rakyat yang jadi mangsa berita palsu perlu mendapatkan
perlindungan dan undang-undang ini tidak wujud eksklusif di mana ada juga
undang-undang lain Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Akta Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang masih boleh berjalan tertakluk yang wajar
dipakai dalam kes-kes tertentu,” katanya.
Azalina turut mempersoalkan sekiranya kerajaan berniat
meletakkan  undang-undang itu sebagai
satu strategi PRU yang memberi  kekuatan
kepada kerajaan, kenapa perlu diberikan kuasa menentukan berita itu palsu atau
tidak kepada mahkamah.
“Kenapa tidak kerajaan bawa undang-undang ini dan
letakkan menteri atau kerajaan, agensi sebagai kata putus berita itu benar atau
tidak,” kata beliau lagi.
Sementara itu, Azalina berkata Pengerang bakal mendapat dua
mahkamah baharu iaitu Mahkamah  Sesyen
dan Mahkamah Majistret bernilai RM25 juta, yang dijangka siap dibina menjelang
tahun 2020.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Banyak  elemen-elemen
pembangunan peringkat antarabangsa akan berlaku. Jadi persediaan dari segi
mahkamah dan hakim perlu dan wajar diadakan,” katanya.
Kedua-dua 
mahkamah  berkenaan akan dibina di
atas tapak seluas 0.809 hektar  di Bandar
Penawar, dekat sini dengan pembinaan dijangka bermula September ini.
Azalina berkata pembinaan kompleks mahkamah itu menunjukkan
komitmen tinggi kerajaan yang sentiasa berpandangan jauh dalam merancang
keperluan pembangunan infrastruktur fizikal mahkamah.
Bangunan  setinggi dua
tingkat berciri moden itu akan dilengkapi satu bilik bicara Mahkamah  Sesyen dan satu bilik bicara Mahkamah  Majistret selain dilengkapi kamar hakim,
pejabat pendaftaran dan pentadbiran, ruang awam dan komersial serta ruang bagi
pengurusan polis serta orang kena tahan.
— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Tarikh Buka Sekolah 2021 Susulan PKP 2.0

Tarikh Buka Sekolah 2021 / Pengoperasian Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pendidikan

Banyak Kepala Spermanya Cacat’ – Doktor Jelaskan Aktiviti Berbasikal Boleh Jadi Punca Sperma Rosak

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggar, ramai yang memilih untuk melakukan aktiviti