Monday, December 08, 2025

Tudung Logo Parti ‘Laku Keras’

April 12, 2018
1 min read

SETIU: Siapa sangka usaha menghasilkan tudung viral
berlogokan parti politik mendapat sambutan hebat sehingga terjual sebanyak
1,000 helai setakat ini.
Pengusaha tudung, Nurul Hasikin Mat Rifin, 21, berkata,
biarpun pada mulanya dia agak bimbang kerana mengetengahkan tudung berkenaan
tetapi rupanya bisnes itu membuahkan hasil lumayan buatnya.
“Mula-mula tu saya bimbang juga bila nak buat tudung politik
ni, takut akan dipandang serong oleh sesetengah ahli politik yang lain.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Tetapi saya tetap mahu mencuba terlebih dahulu serta yakin
dengan rezeki Allah. Saya berjaya jual sehingga 1,000 helai setakat ini,”
katanya yang tinggal di Taman Perumahan Binjai Manis, di sini.
Nurul Hasikin yang pada mulanya menjual pelbagai jenis
tudung biasa mengambil keputusan menjual tudung parti itu bermula pertengahan
Februari tahun ini.
Katanya, biarpun menjual pelbagai jenis tudung berlogokan
parti BN, Umno, Pas, Amanah, PKR dan Bersatu namun, tudung BN dan Umno paling
laris.
“Saya pernah siapkan tempahan sebanyak 300 helai tudung BN
dan Umno malah selepas ini pun masih banyak lagi tempahan tudung parti sama,” katanya.
Nurul Hasikin yang menjadi usahawan tudung setahun yang lalu
berkata, dia hanya menghasilkan tudung parti mengikut tempahan sahaja dan dalam
masa sama turut menjahit tudung-tudung biasa sebagai sumber pendapatannya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Katanya, menariknya logo parti politik pada tudung
dihasilkan menggunakan manik- manik yang kelihatan lebih eksklusif dan sesuai
digayakan dalam apa juga situasi atau majlis.
Katanya dalam perniagaan, sifat ingin mencuba perlu ada dan
sering mencari idea untuk mencipta sesuatu yang unik, lain dari yang lain
supaya menjadi perhatian pengguna atau pelanggan.
Ditanya mengenai harga, Nurul Hasikin yang menggunakan akaun
Facebook dengan namanya sendiri berkata, tudung bawal itu dijual dengan harga
antara RM24 hingga RM25 sehelai bergantung kepada corak atau logo parti.
Selain harga runcit, dia turut menjual dengan harga borong
dari harga RM13.50 sehelai.
– Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Dua Remaja Ditahan Selepas Aksi Basikal Lajak Tular Di Media Sosial

KUALA LUMPUR, 7 Dis – Polis menahan dua remaja lelaki selepas video

Perjuangan Khamil Bashah Berakhir, Penghidap Barah Darah Meninggal Dunia

SUNGAI BULOH — Perjuangan penghidap barah darah, Muhamad Khamil Bashah Abdul Samat,