Friday, December 05, 2025

DAP Sanggup Korban Maruah Demi Undi

April 13, 2018
1 min read

TEMERLOH: Kesanggupan DAP menggunakan logo Parti Keadilan
Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum kali ini menunjukkan parti itu tidak
mempunyai prinsip dalam perjuangan, kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong
Lai.
Beliau berkata demi undi Melayu, DAP rela mengorbankan
maruah dengan mengetepikan simbol parti sendiri walaupun ia merupakan parti
‘senior’ dalam pakatan pembangkang.
“Walaupun DAP mendapat 85 peratus sokongan masyarakat
Cina sebelum ini, mereka tidak mempunyai prinsip dalam perjuangan. Sanggup
tidak gunakan logo parti sendiri kerana mereka yakin semua sokongan masyarakat
Cina sudah masuk ‘poket mereka’,” katanya kepada pemberita selepas
menghadiri majlis bersama Parlimen Temerloh, di sini hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi Badan
Perhubungan UMNO Pahang yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Temerloh
Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin, Pengerusi MCA Pahang Datuk Hoh Khai Mun dan
Ketua MCA Temerloh Datuk Wong Tat Chee.
Mengulas lanjut, Liow berkata tindakan DAP itu berbeza
dengan MCA yang sudah menjadi rakan setia orang Melayu sejak merdeka serta
bersama-sama bergandingan dengan UMNO dan parti komponen BN lain untuk
membangunkan negara.
Sementara itu, Mohd Sharkar ketika berucap pada majlis
berkenaan, pembangkang tidak ikhlas berkhidmat untuk rakyat dan hanya
menggunakan kawasan yang ditandingi sebagai batu loncatan untuk mereka
mendapatkan kuasa sahaja.
“Calon pembangkang suka melompat, mereka tidak duduk
setempat kerana pada mereka kerusi disandang dan sebenarnya tidak berminat
untuk berkhidmat kepada rakyat.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Contohnya Zulpuri (Tengku Zulpuri Shah Raja Puji)
(DAP) yang dahulu menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Mentakab sekarang
lari ke Parlimen Raub, Nasruddin (Hassan) (PAS) dulu di Temerloh sekarang umum
bertanding di Parlimen Indera Mahkota* jadi mereka ini bukan nak berkhidmat
untuk rakyat.
“Kalau mereka konsisten sepatutnya kekal di kerusi yang
sama dan terus berkhidmat untuk rakyat. Pada saya mereka hanya menggunakan
kerusi itu untuk bercakap isu parti mereka di parlimen atau DUN,” katanya.
– BERNAMA



Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,

DAP Hormati Mandat Pengundi, Anthony Loke Ambil Tanggungjawab Penuh Kekalahan PRN Sabah

KOTA KINABALU – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menzahirkan penghormatan terhadap keputusan