Friday, December 05, 2025

‘Jual Negara Kepada China, Fitnah Jahat Mahu Jatuhkan BN’

April 14, 2018
1 min read

SHAH ALAM: Propaganda bahawa BN menjual kedaulatan negara
kepada China kembali disebar pihak tertentu demi kepentingan politik, menjelang
PRU14.
Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Seri Abdul Rahman
Dahlan berkata, propaganda palsu ini tidak berlandaskan fakta dan angka yang
sebenar, tetapi berasaskan fitnah jahat untuk mencipta persepsi negatif kepada
BN.
“Jumlah terkumpul pelaburan China (termasuk Hong Kong)
di Malaysia setakat 2017 adalah bernilai RM65 billion,” katanya dalam satu
kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kisah terbaharu yang
kembali tular di media sosial yang mendakwa BN menjual kedaulatan negara kepada
China.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Jelas Abdul Rahman, nilai dagangan itu lebih rendah daripada
jumlah terkumpul pelaburan Singapura (RM116.3 billion) dan Jepun (RM71.6
billion).
“Jumlah pelaburan China di Malaysia adalah yang ketiga
tertinggi di bawah Singapura dan Jepun,” katanya.
Justeru katanya, menurut logik pembangkang, kedaulatan
Malaysia sepatutnya terjual kepada Singapura dan Jepun dahulu kerana jumlah
pelaburan mereka yang lebih besar jika dibandingkan dengan jumlah pelaburan
yang dibuat oleh China dalam negara kita.
“Sebagai sebuah negara yang mengamalkan ekonomi
terbuka, Malaysia sudah tentu akan menerima pelaburan dari luar negara tetapi
tidak terhad kepada China sahaja,” katanya.
Tegasnya, jumlah pelaburan asing terkumpul di Malaysia
sehingga 2017 adalah RM565 billion. Pelaburan dari China hanyalah mewakili 11.5
peratus daripada jumlah pelaburan asing di Malaysia.
Katanya lagi, Malaysia juga menerima pelaburan dari
negara-negara Eropah seperti Belanda, Switzerland, Jerman, United Kingdom,
Denmark dan juga Amerika Syarikat.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Baru-baru ini syarikat Saudi Aramco dari Arab Saudi
bersetuju melabur AS$7 bilion (RM27 bilion) di dalam Projek Rapid Pengerang.
“Saya yang terlibat secara langsung di dalam rundingan
bersama-sama Menteri Tenaga, Industri dan Sumber Mineral Arab Saudi, Khalid
al-Falih mendapat maklum balas yang positif dari pihak mereka tentang ekonomi
Malaysia,” katanya.
Oleh itu, beliau menasihati rakyat Malaysia agar lebih
berhati-hati sebelum percaya dan menyebarkan propaganda seperti ini.
“Tidak ada sekelumit pun kedaulatan negara yang akan BN
pajakkan kepada mana-mana negara asing.
“Jangan gadaikan masa depan anda dan tanahair yang kita
cintai ini,” katanya.
– Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,

DAP Hormati Mandat Pengundi, Anthony Loke Ambil Tanggungjawab Penuh Kekalahan PRN Sabah

KOTA KINABALU – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menzahirkan penghormatan terhadap keputusan