Monday, December 08, 2025

Chong Wei Menang Emas

April 15, 2018
1 min read

GOLD COAST: Datuk Lee Chong Wei memberi pengajaran kepada
pemain nombor satu dunia, K Srikanth apabila memenangi pingat emas ketiganya
pada temasya Sukan Komanwel dalam acara perseorangan lelaki di Pusat Riadah dan
Sukan Carrara, di sini, sebentar tadi.
Pemain berusia 36 tahun itu bangkit daripada kekalahan di
set pertama sebelum menang dalam aksi tiga set 19-21, 21-14, 21- 14 ke atas
pemain berusia 25 tahun dari India itu, lapor BH Online.

Ia adalah kemenangan kelima Chong Wei yang diletakkan
pilihan kedua temasya Sukan Komanwel Gold Coast 2018 ke atas Srikanth yang
diletakkan pilihan utama di sini, daripada enam pertemuan mereka sebelum ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Dengan kemenangan itu, Chong Wei menutup penampilan
terakhirnya di Sukan Komanwel dengan rekod tanpa kalah dalam 13 perlawanan
sejak tiga edisi lalu.
Selain Gold Coast, pemain kelahiran Pulau Pinang itu turut
memenangi pingat emas di edisi 2006 di Melbourne dan 2010 (New Delhi) tetapi
tidak beraksi pada 2014 di Glasgow, Scotland.
Chong Wei turut menyertai rekod yang dipegang bekas pemain
beregu negara, Koo Kien Keat sebagai atlet paling cemerlang di temasya Komanwel
dengan memenangi lima pingat emas.
Pada set pertama, pemain di ranking tujuh dunia itu bermula
dengan baik apabila mendahului 5-0 dengan deretan smash kencang tetapi Srikanth
menggunakan kepantasannya untuk mendahului 11-9 sebelum meraih kemenangan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Perlawanan set kedua berlangsung penuh sengit dengan
Srikanth memaksa Chong Wei mengerahkan segala keringat dan pengalamannya
sebelum bekas pemain nombor satu dunia itu cemerlang membawa perlawanan ke set
penentuan.
Di set ketiga, Chong Wei seperti berada di kelas yang
berbeza apabila pada satu ketika mendahului 11-5 sebelum Srikanth yang tampak
gugup akhirnya tumbang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Yusuf Azmi Tewas TKO, Yunus Martin Raih Kemenangan Sulung di Malaysia

KUALA LUMPUR – Aksi kemuncak Warzone World Championship (WWC) di N9 Arena,

Sekolah Agama Dari Ceruk Kampung Jadi Fenomena Bola Sepak Thailand

BANGKOK – Tular di seluruh Thailand, kisah sebuah sekolah agama serba kekurangan