Categories: Berita Lain

Mahathir Sah Bertanding Di Langkawi

Foto: FMT

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail malam ini
mengumumkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir
Mohamad akan bertanding sebagai calon parlimen Langkawi dalam pilihan raya umum
(PRU) ke-14.
“Dengan bangga, dengan doa kemenangan berpihak kepada
kami, saya umumkan Dr Mahathir sebagai calon Langkawi,” katanya kepada
kira-kira 5,000 hadirin ceramah Pakatan Harapan (HARAPAN) di pulau itu.
Terdahulu, Dr Mahathir mengumumkan senarai calon BERSATU untuk
dewan undangan negeri dan parlimen di Kedah, namun tidak menyebut Langkawi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Orang ramai yang hadir kemudian bersorak “Langkawi!
Langkawi!” ketika Dr Mahathir kembali ke tempat duduknya.
Wan Azizah kemudian mengambil alih pentas berkongsi kisah
yang diceritakan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang Dr Mahathir yang
mempunyai sentimen istimewa terhadap Langkawi.
“Anwar pernah beritahu saya, Dr Mahathir agak
sentimental dengan Langkawi. Di sinilah dia mula bertugas sebagai doktor
kerajaan dan bertekad membantu pulau ini,” katanya.
Memetik laporan Malaysiakini, Wan Azizah menjelaskan lebih lanjut sumbangan Dr Mahathir
kepada Langkawi meski selepas beliau menjadi perdana menteri.
Pengumuman itu mendapat sorakan gemuruh daripada hadirin.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sebelum itu, Dr Mahathir mengumumkan lima calon BERSATU
untuk kerusi parlimen Kedah.
Calon itu adalah
Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Jerlun), Datuk Amiruddin Hamzah (Kubang
Pasu), Wan Saiful Wan Jan (Pendang), Taufik Yaakob (Baling) dan Akramshah
Sanusi (Jerai).
Ketibaan Dr Mahathir pada majlis itu sekitar 9.07 malam
diraikan dengan tepukan gemuruh selain hadirin mengambil kesempatan tangkap
gambar bersama.

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago