Monday, December 08, 2025

Ramai Pihak Cemburu Dengan Kejayaan BN – Mohamad

April 15, 2018
1 min read

REMBAU — Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan
Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ramai pihak cemburu dengan kejayaan yang
dilakar parti itu dalam membangunkan 
serta  mengekalkan  keamanan negara.
Beliau yang juga menteri besar berkata meskipun Malaysia
sebuah negara yang kecil, namun ia dapat dibangunkan dengan sempurna hasil
perjuangan BN serta persefahaman yang baik dalam kalangan rakyat berbilang  kaum.
“Jangan sesekali mendengar kata orang luar yang hanya
cemburu dengan keamanan yang dikecapi dan hanya mahu timbulkan perbalahan
sesama kaum. Banyak orang yang cemburu, negara luar pun cemburu dengan Malaysia
kerana mereka melihat negara yang tak berapa besar ini tetap dapat dibangunkan
dengan sempurna.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sepanjang 61 tahun negara ini ditadbir oleh BN, Malaysia
yang bukan dianggap negara kaya ini tetap dapat diurus dengan begitu baik.
Resepi besar negara ini dapat ditadbir dengan baik adalah kerana rakyat
Malaysia yang berbilang kaum ini duduk sebagai satu keluarga yang bersama-sama
memainkan peranan untuk membina negara ini,” katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Ramah Mesra
Bersama Pemimpin di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Linsum, Rantau, di
sini  yang turut dihadiri Pengarah
Operasi Pilihan Raya Parlimen Rembau Azman Hasan dan Yang Dipertua Majlis
Perbandaran Seremban dan Nilai Datuk Abdul Halim Abdul Latif.
Mohamad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sembilan
dan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri Rantau berkata adalah menjadi
tanggungjawab semua rakyat termasuk BN untuk 
memastikan apa yang dinikmati mereka pada hari ini akan terus dapat
dikekalkan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“BN mesti bekerja lebih kuat lagi kerana ini adalah
tanggungjawab kita untuk menyediakan sebuah negara yang lebih baik untuk masa
depan anak-anak dan cucu kita bagi generasi yang akan datang.
Inilah tanggungjawab yang perlu kita pikul bersama dan
rahsianya untuk membina negara yang aman adalah melalui perpaduan yang telah
wujud setelah sekian lama. Jadi kita perlu dikekalkan,” katanya.
— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ribuan Hadir Solat Jenazah, Sabah Berduka Pemergian Bung Moktar

KOTA KINABALU, 5 Dis — Pemergian Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,