Connect with us

Berita Lain

150 Ahli UMNO Sepanggar Sertai Warisan


KOTA KINABALU: Seramai 150 ahli UMNO Bahagian Sepanggar
keluar parti itu untuk menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) malam tadi.
Tindakan itu diketuai oleh tujuh Ahli Jawatankuasa Bahagian
UMNO Sepanggar termasuk Azhar Matussin, Sahar Mantamin, Jamrin Wahid, Zaidi
Atoh dan Ladis Idris serta Ketua Penerangan UMNO bahagian Kota Kinabalu, Datuk
Junaidi Rahman.
Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata,
beliau yakin lebih ramai lagi ahli UMNO membabitkan AJK dan cawangan akan
keluar untuk menyertai parti itu dalam tempoh terdekat ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Bagaimanapun, ketika ditanya jika penyandang Ahli Parlimen
Sepanggar Datuk Jumat Idris akan turut berbuat demikian, Mohd Shafie berkata
tiada perundingan dilakukan setakat ini dan beliau menyerahkan sepenuhnya
keputusan itu kepada Jumat.
“Itu terserah dengan dia. Dalam politik ni, saya tidak
mahu paksa orang. Kalau dia nak masuk (Warisan), masuklah. Kita tidak boleh
tolak sesiapa yang hendak masuk parti sebab dia akan menguatkan parti kita.
“Kita boleh terima sesiapa yang hendak masuk parti
Warisan, tidak ada syarat,” katanya dalam sidang media bersempena Program
Santai PDM Kampung Likas, Kota Kinabalu, pada Rabu.
Sebelum ini, terdapat spekulasi mengatakan Jumat, yang
keahliannya dalam UMNO masih tergantung setakat ini, dijangka akan keluar parti
selepas kedudukannya sebagai calon kerusi parlimen berkenaan cuba diambil alih
oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang
kini giat menjalankan siri jelajahnya di Sepanggar sejak akhir bulan Februari
lalu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sementara itu, Mohd Shafie turut mengingatkan
pemimpin-pemimpin Parti Bersatu Sabah (PBS) yang juga parti komponen dalam
Barisan Nasional (BN), supaya berhenti menjadi mangsa buli UMNO susulan
kenyataan kontroversiTimbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
menyuruh parti itu ‘meminjamkan’ kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Matunggong,
dalam satu majlis baru-baru ini.
Beliau turut menyeru kepada Presiden PBS, Tan Sri Joseph
Pairin Kitingan yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, supaya tidak lagi
menunggu dan keluar daripada BN susulan insiden berkenaan.
“Datuk Zahid cakap di Kota Marudu, bagi pinjam
Matunggong kepada UMNO. Itu kerusi PBS. Inilah UMNO membuli parti Sabah.
“Pairin, apa lagi kau mahu tunggu? Keluarlah,”
Mohd Shafie berseloroh dalam ucapan berkenaan.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel