Categories: Berita Lain

Daki Bukit Batu Caves Nak Pasang Bendera Parti Politik, 20 Lelaki Sesat Tak Jumpa Jalan Turun


16 April – Selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
mengumumkan tarikh Pilihan Raya Ke -14 yang telah ditetapkan pada 9 Mei 2018,
semua parti politik yang bertanding telah membuat persediaan untuk menghadapi
PRU kali ini.
Antara aktiviti yang wajib diadakan oleh setiap parti adalah
memasang poster dan bendera di tepi jalan, di kampung-kampung dan taman-taman
perumahan untuk menunjukkan bahawa parti mereka serius untuk menghadapi PRU
kali ini.
Malam tadi telah berlaku satu peristiwa yang tak dijangka
apabila sekumpulan lelaki yang dikatakan baru lepas memasang bendera parti
politik di puncak bukit batu caves sesat dan tidak menemui jalan untuk turun
semula ke bawah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Dua puluh lelaki yang mendaki bukit Batu Caves untuk
meletakkan bendera parti politik di puncak bukit berkenaan tidak menemui jalan
turun ke kaki bukit di Lorong Cempaka Kampung Gombak Indah, Gombak, malam tadi.


Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad
berkata, mereka yang berusia antara 20 hingga 70 tahun itu didapati sesat
ketika cuba menuruni bukit berkenaan petang semalam, sebelum hari gelap.
“Mereka dikatakan mendaki bukit itu 9.30 pagi untuk
memasang bendera sebuah parti, namun tidak dapat turun kerana keadaan gelap dan
lampu kehabisan bateri.
“Bagaimanapun, seorang daripada mereka berjaya
menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan,” katanya ketika
dihubungi, hari ini.
Ali berkata, semua mangsa berjaya dibawa oleh sepasukan
anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang,
BBP Gombak, BBP Serdang dan BBP Kepong 12.30 tengah malam tadi sebaik tiba di
lokasi kira-kira 10 malam.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Semua mangsa tidak mengalami sebarang
kecederaan,” katanya.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat
Selangor berkata, semua mangsa tidak cedera, namun dalam keadaan lemah ketika
dibawa turun,” katanya ketika dihubungi.
Difahamkan mangsa diberikan makanan ringan dan air selain
melakukan pemeriksaan kesihatan sebaik tiba di pusat operasi di kaki bukit
berkenaan.

Sumber: Di Tanahku Terjadinya Bencana, Siakapkeli.my

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

3 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

5 days ago