Monday, December 08, 2025

BN Kedah Tidak Gentar Dr Mahathir Bertanding

April 17, 2018
1 min read
Foto: Malay Mail Online



ALOR SETAR: Barisan Nasional (BN) Kedah tidak gentar
berdepan Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan bertanding
di Langkawi atas tiket PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14 dan anaknya Datuk Seri
Mukhriz di Jerlun kerana BN ada calon yang berkaliber, kata Menteri Besar Kedah
Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Beliau yakin calon-calon BN itu boleh berkhidmat dengan baik
kepada rakyat.
Semalam, Dr Mahathir turut mengumumkan bahawa Mukhriz juga
akan bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri Jitra.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ahmad Bashah berkata rakyat Langkawi perlu berhati-hati dan
menilai sendiri tindakan Dr Mahathir seperti ‘kacang lupakan kulit’ kerana
beralih arah ke Langkawi meninggalkan kawasan Parlimen Kubang Pasu yang pernah
diwakilinya selama 30 tahun.
“… Beliau perlu ingat selama ini rakyat Kubang Pasu
yang menyokong dan membolehkannya bertanding atas tiket BN sehingga mampu
menjadi perdana menteri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan
Seminar Semarak Perpaduan di sini pada Isnin.
“Rakyat Kubang Pasu pilih dia selama 30 tahun kena
tinggal, tak kan rakyat Langkawi nak jadi macam tu juga nanti dia lari lagi.
Rakyat juga kena tahu apa juga pembangunan yang pernah Tun Dr Mahathir lakukan
di Langkawi adalah kerana kerajaan dan bukannya atas individu,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ribuan Hadir Solat Jenazah, Sabah Berduka Pemergian Bung Moktar

KOTA KINABALU, 5 Dis — Pemergian Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,