PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan dakwaan
pihak tertentu yang kononnya badan itu enggan bertemu dengan mereka bagi
membincangkan tentang penggunaan logo dan simbol parti pada PRU14 kerana
terlalu sibuk.

SPR dalam kenyataan hari ini menjelaskan, pejabat penasihat
undang-undang suruhanjaya itu telah menerima surat secara serahan tangan oleh
wakil pihak berkenaan pada Khamis lepas dan bercadang untuk mengadakan
pertemuaan pada pukul 10 pagi semalam.

Loading…
(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();
Bagaimanapun, katanya pada hari yang sama, maklum balas
segera telah diberikan pejabat tersebut bagi menjelaskan tarikh yang
dicadangkan itu tidak dapat dipenuhi kerana perlu menghadiri perbicaraan kes di
Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang.

“Dalam maklum balas tersebut juga pihak pejabat
penasihat undang-undang turut memaklumkan bahawa perkara-perkara yang ingin
dibincangkan itu sedang dalam proses untuk dimuktamadkan oleh SPR dan akan
dimaklumkan kepada semua pihak yang berkepentingan khususnya parti-parti
politik dalam masa terdekat dan berharap pihak terbabit menunggu pemakluman
rasmi oleh SPR,” katanya.

Menjelas lanjut, SPR berkata pendekatan rasional itu diambil
kerana pejabat penasihat undang-undang berpendapat isu yang ditimbulkan oleh
parti berkenaan juga melibatkan parti-parti lain.

SPR berkata atas dasar untuk memberi penerangan dan
penjelasan yang tidak hanya tertumpu kepada parti tersebut sahaja, adalah wajar
makluman dan hebahan secara rasmi dikeluarkan oleh SPR dan bukan oleh pejabat
penasihat undang-undang.

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
“Dalam menilai keseluruhan isu-isu yang timbul adalah
wajar pihak-pihak terbabit memberi ruang kepada SPR untuk mencapai satu
keputusan yang tepat dan terbaik demi kepentingan semua pihak,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir
dilaporkan mendakwa SPR enggan bertemu dengan gabungan pembangkang itu bagi
menjelaskan berkaitan penggunaan logo dan simbol PKR pada PRU14.

Menurut Dr Mahathir surat balas SPR kepada Setiausaha Agung
PKR Datuk Saifuddin Nasution menyatakan bahawa suruhanjaya itu terpaksa menolak
permintaan untuk mengadakan satu perjumpaan kerana mereka sibuk dengan beberapa
urusan yang tidak dapat dielakkan. – Bernama