Categories: Berita Lain

Calon Pembangkang Boleh Guna Logo PKR, Kata SPR


PUTRAJAYA, 18 April ― Tiada halangan untuk Pakatan Harapan
mengguna pakai simbol atau lambang Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan
raya umum ke-14 (PRU14), kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri
Mohd Hashim Abdullah.
Beliau berkata adalah jelas seperti yang dimaklumkan sebelum
ini bahawa mana-mana calon yang berhasrat bertanding atas tiket PKR dan
menggunakan simbol PKR tertakluk kepada kebenaran daripada parti itu sendiri,
bukannya SPR.
“Namun SPR mengingatkan bahawa bagi tujuan untuk mengambil
bahagian dalam PRU14, parti-parti politik mestilah merupakan parti yang
didaftarkan dan dibenarkan menjalankan segala aktivitinya di bawah Akta
Pertubuhan 1966,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Mohd Hashim berkata bagi parti politik yang bersetuju untuk
membenarkan mana-mana bakal calon bertanding mewakili parti berkenaan, mereka
diminta membawa surat kebenaran bertulis.
Tambahnya kebenaran bertulis itu mestilah ditandatangani
oleh pegawai parti yang bertanggungjawab membenarkan calon itu menggunakan
simbol parti tersebut selaras dengan Peraturan 11(2)(d) Peraturan-Peraturan
Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.
Mohd Hashim berkata mana-mana calon yang tidak mendapat
kebenaran secara bertulis daripada parti yang ingin diwakilinya, sekiranya
layak untuk bertanding, pegawai pengurus akan memperuntukkan kepadanya satu
simbol yang sedia ada yang telah ditetapkan sebagai ganti.
“SPR menegaskan, selagi mana syarat dipatuhi, individu
tersebut adalah layak untuk mewakili mana-mana parti yang telah memberikan
kebenaran bertulis tersebut,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Menjelas lanjut, katanya tiada peruntukan yang menyatakan
ahli parti hanya boleh mewakili partinya sahaja dalam PRU.
Katanya SPR juga tidak pernah menghalang selagi Perkara
11(2)(d) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981
tersebut dipatuhi sepenuhnya.
Mohd Hashim berkata SPR akan mengeluarkan peraturan dan
garis panduan lengkap mengenai penggunaan logo dan bahan kempen dalam masa
terdekat untuk menjelaskan kepada semua pihak berkepentingan. ― Bernama

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

2 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

6 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago