Friday, December 05, 2025

Papan Iklan Barisan Nasional Disimbah Cat Hitam

April 18, 2018
1 min read

JERANTUT – Pergerakan UMNO Bahagian Jerantut hari ini,
membuat laporan polis berhubung kejadian mencurah cat hitam di papan iklan
Barisan Nasional (BN) yang memaparkan wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Tun Razak di sini.
Setiausahanya Ahmad Nizam Mohd Hassan berkata beliau menyedari
papan tanda yang terletak di persimpangan jalan masuk kawasan perindustrian
Jerantut disimbah cat berkenaan pagi tadi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Papan iklan itu baharu dinaikkan kira-kira dua minggu lalu,
iaitu selepas perdana menteri mengumumkan manifesto BN. Kami kesal dengan
kejadian ini kerana ia menjatuhkan imej perdana menteri.
“Kami tidak menuduh sesiapa, namun kami mahu siasatan
dijalankan supaya kejadian serupa tidak berleluasa pada saat-saat kita mahu
berhadapan pilihan raya,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut di sini, hari ini.
Ahmad Nizam menambah semua pihak seharusnya berpolitik
secara matang dan menghormati perbezaan antara satu sama lain dan tidak
melakukan perbuatan itu yang boleh disifatkan sebagai provokasi murahan. –
BERNAMA


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,

DAP Hormati Mandat Pengundi, Anthony Loke Ambil Tanggungjawab Penuh Kekalahan PRN Sabah

KOTA KINABALU – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menzahirkan penghormatan terhadap keputusan