Monday, December 08, 2025

PPBM Bertanding 10 Kerusi Parlimen, 28 Kerusi DUN Di Johor

April 18, 2018
1 min read

JOHOR BAHRU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)
mengesahkan akan bertanding di 10 kerusi Parlimen dan 28 kerusi Dewan Undangan
Negeri (DUN) di Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.
Setiausaha PPBM Johor, Datuk Osman Sapian berkata senarai
calon penuh akan diumumkan oleh Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad Khamis
ini di Pagoh.
“Saya boleh cakap ada empat calon wanita, dua calon
Pemuda, tujuh bekas veteran UMNO manakala yang lain adalah muka baharu,”
katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas PPBM Johor di
sini, pada Selasa.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Osman berkata PPBM akan bertanding kerusi DUN di Machap, Sri
Medan, Bukit Pasir, Benut, Kempas, Kahang, Semarang, Bukit Kepong, Tanjung
Puteri, Gambir, Parit Raja, Buloh Kasap, Permas, Bukit Permai, Puteri Wangsa,
Tenang, Panti dan Endau.
Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan kerusi Parlimen yang
akan ditandingi parti itu.
Setakat ini, Dr Mahathir telah mengumumkan Ketua Pemuda PPBM
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai calon Pakatan Harapan dan PPBM untuk
bertanding di Parlimen Muar.
Ini merupakan kali kedua PPBM menangguhkan pengumuman calon
negeri selepas ditunda pada Ahad lepas. — Bernama


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Leave a Reply

Your email address will not be published.

HANGAT MINGGU INI

Ribuan Hadir Solat Jenazah, Sabah Berduka Pemergian Bung Moktar

KOTA KINABALU, 5 Dis — Pemergian Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Kembali ke Rahmatullah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66,